Berminat jadi usahawan ayam, temui kami di Melaka, Selangor

ALOR SETAR: Tahukah anda bahawa ada dalam kalangan usahawan Ayam Bismi mampu meraih pendapatan ratusan ribu ringgit setahun dengan hanya menjual produk syarikat ini?

Lebih menarik, ada dalam kalangan mereka hanya menjual produk ayam segar beku dan produk hiliran Ayam Bismi ini di rumah sahaja.

Bukan setakat meraih pendapatan lumayan, apa yang penting semangat masing-masing untuk bersama dengan Ayam Bismi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan  produk halal toyyiban yang dituntut dalam Islam.

Jika berminat menyertai Ayam Bismi, ini barangkali berita baik untuk anda.  Ayam Bismi akan mengadakan program Fun Tour & Mencari Souljer ke beberapa negeri terpilih bermula 25 November ini yang antaranya bertujuan merekrut ejen atau stokis baharu.

Menurut Ketua Jabatan Pemasaran Ayam Bismi, Wan Fazlina Wan Fhuad, dua lokasi dipilih bagi sesi merekrut orang ramai yang ingin menjadi usahawan Ayam Bismi iaitu di Moty Hotel Melaka pada pukul 8.30 malam (27 November) dan Bangi Resort Hotel pada pukul 9 malam (29 November).

“Dua sesi ini kami adakan khas untuk orang ramai yang berminat menjadi stokis atau ejen mendapatkan penerangan lanjut dengan pelbagai pakej menarik disediakan.

“Mereka yang berminat diharapkan tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan team kami di lokasi ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Fun Tour berkenaan juga akan berkampung di beberapa lokasi terpilih yang juga merupakan premis stokis Ayam Bismi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Tujuan utama program untuk mempromosikan produk baharu Ayam Bismi iaitu Fun10 dan Fun5, bertemu pelanggan setia serta mereka yang berminat jadi ejen.

“Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang tour berkenaan antaranya team akan turut memeriahkan perasmian Hidayah Frozen Mart di Rawang pada 25 November ini pukul 2 petang. Lokasi lain yang bakal dilawati ialah, Nariz Mart, Batu Caves dan Nur Rahman Wangsa Maju, Selangor (26 November), Minda Jaya, Masjid Tanah Melaka  (27 November),  Faiqah H Mart , Bahau Negeri Sembilan (28 November), dan Yakin Halal Mart  (29 November).

“Mereka yang berminat untuk menyertai kami boleh sentiasa menyemak Facebook ini untuk mendapatkan maklumat lanjut program ini,” katanya.

Tambahnya, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang lawatan tersebut termasuk demonstrasi masakan daripada Duta Ayam Bismi, Chef Din.

Tambah beliau, tour berkenaan diharapkan dapat memperkenalkan jenama Ayam Bismi kepada penduduk di Lembah Klang dan selatan tanah air selain mengerat silaturahim dengan ejen serta stokisnya.

“Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 0125187060.
Program Fun Tour Ayam Bismi akan diteruskan ke negeri-negeri lain pula selepas ini dalam usaha memperkenalkan jenama Ayam Bismi ke seluruh negara dan menyebarkan kepentingan halal toyyiban,” katanya.

Sehingga kini terdapat kira-kira 600 ejen dan stokis Ayam Bismi di seluruh negara.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti ayam popcorn, ayam perap, ayam kisar, bebola ayam dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top