๐Š๐ž๐ฅ๐š๐๐ข ๐ฏ๐ข๐ซ๐š๐ฅ ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š

KUALA NERANG: Siapa sangka dulu tumbuh meliar di sana sini tiada siapa yang ingin memandang namun kini menjadi pujaan ramai sehingga nilainya dikatakan mampu mencecah ribuan ringgit.

โ€‹

Semuanya kerana pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini apabila pelbagai hobi duduk rumah naik daun termasuk memiliki pokok hiasan seperti pokok keladi ini.

โ€‹

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap tanaman tersebut terutama yang tular kerana pelbagai keunikannnya, harga pokok keladi pun naik meroket sehingga kadangkala tak masuk dek akal.

โ€‹

Menurut seorang penjual pokok keladi, Ramlah Siraj, 47, dari Padang Sanai, dia tak menyangka mula menyimpan keladi sebagai hobi kini menjadi sumber pendapatannya.

โ€‹

โ€œSaya mula meminati pokok keladi ini sejak dua tahun lepas malah saya pernah ambil kursus penanamannya untuk meningkatkan pengetahuan tentang keladi di Padang Besar, Perlis.

โ€‹

โ€œTerdapat lebih 500 pokok keladi daripada 100 spesies di nurseri saya ini,โ€ katanya ketika ditemui di nurseri itu di sini baru-baru ini.

Kata Ramlah yang juga merupakan pesara tentera, minatnya itu mendapat dorongan kuat daripada suaminya, Mohd. Radzuan Yunan, 49.

โ€‹

โ€œApabila kami bersara daripada tentera tujuh tahun lepas macam-macam kerja yang kami buat untuk cari rezeki dan Alhamdulillah perniagaan keladi ini agak lumayan. Lagipun saya memang minat pokok hiasan,โ€ katanya.

โ€‹

Menurut Ramlah, terdapat pelbagai jenis pokok keladi di situ dan yang paling hangat sekarang ialah yang paling rare seperti Florida Beauty, Monstera, Alocasia, Calocasia Pharaoh Mask atau Topeng Firaun.

โ€‹

โ€œSejak PKP ini minat orang terhadap pokok hiasan keladi ini memang tinggi. Harga setiap keladi bergantung kepada jenis, bentuk daun dan warnanya. Semakin rare semakin tinggi harganya,โ€ katanya.

โ€‹

Ramlah tidak menafikan dia mampu menjual keladi Florida Beauty yang mempunyai bentuk helaian daun dan warna yang unik pada harga RM1,700 bagi sehelai daunnya.

โ€‹

โ€œSekarang orang minat juga keladi Topeng Firaun kerana bentuk daunnya sangat unik,โ€ katanya.

โ€‹

Menurutnya selain mencantikkan hiasan dalaman rumah, tanaman keladi juga memberi pengudaraan dalam rumah yang baik.

โ€‹

โ€œSaya menjual tanaman ini melalui ejen-ejen saya sahaja memudahkan saya menguruskan tanaman di nurseri,โ€ katanya.

โ€‹

Mereka yang berminat dengan tanaman ini boleh menghubungi salah seorang ejen Ramlah, Nazmi di talian 013 7628380.

Scroll to Top