๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ค๐ž๐ง๐š ๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ซ๐š๐ง๐ 

ALOR SETAR: Persaingan adalah perkara biasa dalam perniagaan namun adakalanya menghadirkan โ€˜musuhโ€™ yang tersendiri.

Hal itu diakui Ketua Jabatan Jualan Ayam Bismi, Mohd. Shafiq Afif, 34, sewaktu mula berkhidmat sebagai โ€˜Floating Managerโ€™ bersama syarikat ini hampir empat tahun lepas.

Mengimbas insiden itu ceritanya, ia menjadi pengalaman yang mencabar dan menakutkan namun manis dalam kerjaya di syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam ini.

โ€œSaya masih ingat insiden ini berlaku di sebuah pasar apabila seorang peniaga ayam datang serang saya bawa parang. Dia marah sebab saya jual ayam murah,โ€ ceritanya.

Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu kata Mohd. Shafiq, benar-benar menguji dirinya dalam membuat tindakan pantas ketika berdepan lelaki yang agresif itu.

โ€œBerdepan dengan orang seperti ini memang kita tidak boleh jadi โ€˜panasโ€™ sepertinya juga jadi saya alihkan fokusnya, bawa dia bertenang dan berbincang.

โ€œAkhirnya yang pegang parang ini jadi kawan. Sesuatu yang penting dalam situasi seperti ini adalah kita tidak boleh selesaikan konflik dengan konflik, kena peka dan pantas juga kalau lambat tentu lain jadinya,โ€ katanya.

Di sebalik itu, Mohd. Shafiq mengakui, terjun ke dalam syarikat berasaskan ternakan ayam merupakan sesuatu yang baharu baginya ketika itu lantas memerlukan dia bekerja lebih keras mendalami bidang itu.

โ€œBukan setakat urus outlet Ayam Bismi, saya pernah potong 200 ekor ayam dan buat apa saja kerja ketika itu kerana saya perlu faham bagaimana syarikat ini beroperasi,โ€ kata bapa kepada dua anak ini.

Mohd. Syafiq memberitahu, dia pernah menceburi pelbagai bidang pekerjaan termasuk dalam bidang pembinaan sebagai kontraktor namun gagal sebelum membuat keputusan untuk bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Selangor.

โ€œSaya pernah jadi penyelia sehingga ke pengurus projek sebelum berhenti dan jadi kontraktor. Gagalโ€ฆ mungkin tidak ada pengalaman dan kerja makan gaji balik.

โ€œSelepas itu saya buat keputusan untuk balik ke Kedah kerana nak dekat dengan mak dan tok yang uzur. Atas bantuan rakan saya cuba minta kerja kosong di Ayam Bismi dan di situ saya bermula sebagai Floating Manager iaitu pengurus gantian di outlet Ayam Bismi,โ€ kata graduan bisnes dari MSU ini.

Sebagai Ketua Jabatan Jualan, kata Mohd. Shafiq, tugasnya berkisar antaranya dalam urusan memastikan semua operasi jualan di outlet Ayam Bismi berjalan lancar termasuk berkaitan pemborong dan peniaganya.

โ€œDi bawah saya terdapat lebih 67 staf termasuk di 15 outlet Ayam Bismi. Saya merasakan berurusan dengan orang bukan sukar walaupun ketika konflik atau ada isu tertentu kerana yang penting kita mahu cari jalan penyelesaian.

โ€œNamun saya akuinya, Ayam Bismi banyak mengajar saya berdepan dengan masalah dan orang kerana saya seorang yang โ€˜introvertโ€™ sebelum ini namun sekarang boleh berkomunikasi dengan baik,โ€ katanya yang turut menggemari aktiviti kecergasan badan.

Setelah beberapa lama dalam industri ayam ini, Mohd. Shafiq mengakui cukup menikmati pekerjaannya itu dengan alasan ia memberikan lebih daripada sekadar pendapatan.

โ€œDulu saya bekerja โ€˜liganโ€™ duitโ€ฆ kerja tak seronok selalunya sebab bos tidak berapa bagus. Tetapi sekarang di Ayam Bismi, Alhamdulillah semuanya baik. Saya dapat buat sesuatu yang baik untuk masyarakat bila terlibat dalam industri ayam yang mementingkan halal toyyiban ini.

โ€œAyam Bismi juga banyak sumbang kepada masyarakat dan bantu orang susah melalui Rumah Makan Percuma (RMP) jadi saya berbangga menjadi sebahagian daripada syarikat ini. Bukan itu sahaja di sini sebelum pandemik kamu juga selalu pergi melancong dalam dan luar negara,โ€ katanya.

Pada masa yang sama, katanya, dia turut berharap dapat memperbanyakkan outlet Ayam Bismi termasuk di Kedah dan negeri lain.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya termasuk Ayam Bismi Sdn. Bhd. Bismi Cergas Sdn. Bhd., Naka Biolife Sdn. Bhd., dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.

Scroll to Top