RESEPI AYAM TUMIS PETAI

Resepinya ringkas dan mudah sahaja.

Ayam Kisar Bismi 200g

Bawang Merah (Kisar)

Bawang Putih (Kisar atau cincang halus)

Cili Kering(Kisar)

Cili Hijau dan cili merah

3 sudu sos tiram

Gula dan garam

Petai

 

Cara-caranya :

Tak payah cincang dah. Campak ja semua dalam pan. Bahan utama mestilah ayam kisar Bismi 400g. Minggu ni ada harga promosi dekat semua outlet kami tau. Tapi resepi ayam kisar petai ni kami guna 200g ja ayam kisar. Lebih lagi 200g boleh buat telur bistik.
Bahan lain, 3 ulas bawang putih. Cincang halus. Kemudian, tumis sampai garing. Masukkan cili hijau, cili merah dan bawang merah yang sudah diblend. Kacau biar naik bau.
Pastu masuk sos tiram, ayam kisar. Kuis kuis biar sebati gitew. Perasakan lagi dengan kicap manis. Nak pedas tambah sebiji cili padi merah. Biar agak isi ayam dah masak, baru masuk petai. Baru petai tak layu dan rapuh. Kriuk kriuk.
Masak sikit lagi, perasakan dengan garam sikit. Siap!Mudah sungguh. Makan dengan nasi putih saja pun tak apa dah. Ishh..tengok saja tak jadi, kena cuba okay?
Sedap tu…sampai tak leh habaq bagi. Kena try!
Hiks.
Scroll to Top