Kepak Ayam Masak Coca Cola

Bahan-bahan :

  1. 12 ketul kepak ayam
  2. 250 ml. coca cola
  3. 2 sdm. kicap manis
  4. 2 sdm. sos cili
  5. 2 sdm. sos tomato
  6. 2 sdm. madu
  7. 2 sdm. Margerin / butter
  8. 1 sdm sos tiram
  9. 1 sdm. Bijan putih
  10. 1 sdt. Serbuk lada
  11. 4 siung. Bawang putih
  12. 1 ibu jari halia

Langkah

 

  1. Sediakan semua bahan. Kepak ayam dah pun di cuci bersih. Lumurkan dengan air jeruk nipis ataupun cuka, bagi kurangkan bau hanyir.

  2. Haluskan bawang putih, halia,Dan campurkan semua bahan dalam periuk. Gaul bagi semua tercampur rata.

  3. Masak dengan api sedang, sesekali di aduk agar tak melekit kat periuk. Tunggu sampai air menyusut habis, masukkan butter / margerin.

  4. Taburkan bijan, masak sampai air habis. Kemudian Bakar sekejab dalam oven / ketuhar. Tak bakar pun takpe dah sedap juga.

     

    Selamat mencuba.

Scroll to Top