Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk pasta:
    • 2 liter air
    • 500 gram spaghetti
    • 2 sudu kecil garam
    • sedikit minyak zaitun
  • Bahan-bahan untuk sos Bolognese:
    • sedikit minyak zaitun
    • 1/2 biji bawang Holland
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 biji capsicum hijau
    • 1/2 biji karot
    • 2-3 biji hirisan tomato
    • 7 biji cendawan
    • 300 gram ayam kisar Bismi
    • sos Bolognese
    • 3-4 sudu besar tomato puree
    • sedikit Italian herbs
    • sedikit air pasta
    • serbuk parmesan
    • sedikit garam
    • sedikit gula (jika perlu)
    • 1/4 cawan susu full cream

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pasta:

  • Rebus spaghetti.
  • Masukkan air kedalam periuk yang besar dan masak air sehingga mendidih.
  • Masukkan garam secukupnya.
  • Setelah mendidih, masukkan spaghetti kering.
  • Terus kacau spaghetti supaya spaghetti tidak melekat antara satu sama lain.
  • Rebus mengikut berapa minit mengikut arahan di packat pasta.
  • Setelah pasta lembut sikit tapi tak terlebih kembang, tapis dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.

Cara-cara untuk sos Bolognese:

  • Simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk kita masukkan dalam kuah nanti.
  • Potong dadu bawang holland dan carrot.
  • Cincang halus bawang putih.
  • Hiris kecil nipis capsicum hijau dan cendawan butang putih .
  • Buang biji tengah tomato dan hiris nipis.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun.
  • Tumis bawang holland sehingga bawang lembut.
  • Masukkan bawang putih.
  • Masukkan ayam kisar Bismi dan kacau.
  • Masukkan capsicum dan carrot.
  • Kacau dan teruskan masak sehingga ayam kisar kelihatan masak.
  • Masukkan sedikit serbuk black pepper.
  • Masukkan hirisan tomato dan masak sehingga lembut.
  • Masukkan hirisan cendawan.
  • Kacau sehingga cendawan layu sikit.
  • Kemudian masukkan sos bolognese segera.
  • Tambah tomato puree.
  • Masukkan sikit italian herbs.
  • Masukkan sikit air pasta dan kacau sebati.
  • Tambah serbuk parmesan dan garam.
  • Kalau masam boleh tambah sedikit gula.
  • Akhir sekali tambahkan sedikit susu full cream (optional).
  • Hidangkan dengan spaghetti dan sedikit taburan keju parmesan.

Tips:

  • Jangan masukkan pasta ketika air belum mendidih kerana pasta akan jadi lembik di luar dan tak masak dengan sempurna di dalam.
Scroll to Top