๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐š๐ ๐ข๐ก ๐ค๐ข๐ญ ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š

ALOR SETAR: Penjagaan kesihatan tubuh badan ketika pandemik Covid-19 ini penting terutama berkaitan sistem imun sebagai benteng pertahanan semula jadi.

โ€‹

Prihatin dengan perkara itu, pengurusan Bismi Empire Sdn. Bhd., (Ayam Bismi) mengagih 200 kit suplemen kepada pekerjanya di Pusat Jualan Utama (PJU) dan kilangnya di sini hari ini.

Kit terdiri daripada Vitamin C dan habbatus sauda diberikan secara percuma kepada pekerja yang berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan Covid-19.

โ€‹

Menurut Pengurus Besar Ayam Bismi, Azli Saat, penjagaan kesihatan pekerja adalah aspek penting bagi sektor perkhidmatan perlu itu terutama ketika semua pihak perlu berada dalam norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

โ€‹

โ€œSelain pencegahan melalui gerakan vaksinasi ke atas semua pekerja, perlindungan perlu dengan menguatkan sistem imun badan kita melalui pemberian Vitamin C yang bagus untuk tingkatkan sel darah putih bagi cegah jangkitan. Sementara habbatus sauda yang ada chloroquine, bagus untuk sistem pernafasan.

โ€‹

โ€œIni adalah kaedah yang kita ambil untuk melindungi pekerja kita dan memastikan operasi kilang memproses ayam kita berjalan lancar,โ€ katanya di sini hari ini.

โ€‹

Katanya, pihak pengurusan mengambil pelbagai langkah penjagaan untuk memastikan kilang memproses ayam itu bebas daripada penularan jangkitan sepanjang pandemik ini.

โ€‹

โ€œKita mengguatkan kefahaman tentang SOP seperti penggunaan pelitup muka dan penjarakkan sosial. Selain itu langkah terdahulu yang kita ambil adalah membahagikan kilang kepada dua shift bertujuan mengurangkan kontak antara pekerja.

โ€‹

โ€œLangkah lain menambahbaik sistem pengudaraan di kilang dan pejabat serta mewajibkan kilang disanitasi tiga kali setiap shift,โ€ katanya.

โ€‹

Dari segi vaksinasi katanya, setakat ini 98 peratus pekerja Ayam Bismi sudah divaksin sekurangnya dos pertama.

โ€‹

Sementara itu, menurut Roshafika Rosli, 20, yang baru sebulan bekerja di kilang memproses produk segar beku Ayam Bismi, dia terharu dengan sikap prihatin majikannya yang menyediakan pelbagai kemudahan.

โ€‹

โ€œSaya cuma nak ucap terima kasih kepada majikanโ€ฆ tuan dan puan serta pengurusan Ayam Bismi kerana beri suplemen.

โ€‹

โ€œMemang tak makan apa-apa suplemen pun sebelum ini walaupun orang cakap ia bagus untuk antibodi,โ€ katanya.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

โ€‹

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top