Soal & Jawab

Anda Tanya Kami Jawab

Ayam Bismi lebih baik dari ayam organik kerana ia adalah hasil ternakan, sembelihan dan edaran daripada syarikat milik 100% muslim. Selain itu ciri-ciri utama ternakan ayam kami ialah:
  • Ayam kami diberi suplemen dan probiotik terbaik.
  • Diberi minum air bawah tanah yang dirawat dan ditapis.
  • Diternak di ladang dan dipantau sepenuhnya oleh Dr. Veterinar dan pasukan Teknikal Ladang yang berpengalaman.
Namun kami lebih suka menekankan faktor yang Ayam Bismi ini ialah :
  • Tanpa suntikan
  • Tanpa hormon pembesaran
  • Tanpa ubatan larangan KKM
  • Tanpa dedak ayam yang mengandungi sisa khinzir
  • Ternakan sembelihan edaran 100% syarikat muslim.

Beroperasi sejak 1988. Sehingga kini Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mempunyai empat anak syarikat iaitu,

  1. Bismi Cergas Sdn. Bhd. – aktiviti penternakan (ditubuh 1994)
  2. Ayam Bismi Sdn. Bhd. – aktiviti pemprosesan dan pemasaran (ditubuh 16 November 2009)
  3. Naka Biolife Sdn Bhd. – mengendali makmal diagnosis (ditubuh 19 Disember 2018 pelaburan RM250,000)
  4. Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. – pemprosesan produk hiliran (ditubuh 2020)

Ya! Ayam Bismi diasaskan oleh Haji Jaffri Ahmad yang juga Presiden serta isteri, Hajah Mazlina Kamarudin selaku Pengarah Urusannya. Syarikat ini kini memiliki 420 pekerja.

Ya. Ayam Bismi mempunyai sijil HALAL yang berdaftar oleh JAKIM serta sijil MESTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sebenarnya perkara ini biasa berlaku pada ayam frozen yang digoreng atau dibakar menggunakan oven. Tak perlu panik. Itu bukan kerana ayam tidak disembelih dengan betul atau ayam tidak segar.
Ayam yang dibekukan, kemudian mencair, kadangkala menyebabkan pigmen sel darah keluar dari sumsum tulang ayam dan berkumpul sebagai warna merah tua di sekitar tulang.
Selain tulang dan sendi, anda juga mungkin akan nampak kesan merah pada bahagian isi ayam yang rapat dengan tulang. Ia biasanya hanya berlaku pada ayam muda dan kecil kerana dinding tulang ayam dewasa lebih tebal dari yang muda.
Walaupun kelihatan kurang menyelerakan, tetapi ia sebenarnya SELAMAT untuk dimakan. Jika dimasak dalam tempoh dan suhu yang betul, kesan merah itu tidak lagi kelihatan.
Ayam Bismi disembelih oleh pakar sembelihan yang bertauliah dan berpengalaman melebihi 10 tahun. Ia diproses, dibungkus, disimpan dan diedarkan segera sebaik sahaja ia mencapai tahap pembekuan yang maksima.
Pilih ayam yang anda yakin cara ternak, sembelihan dan prosesnya halal dan selamat.

Ayam Bismi Sdn Bhd mempunyai Rumah Sembelihan dan pusat jualan di Pekan Simpang Empat, Kangkong yang telah beroperasi sejak tahun 1988 semasa Tn Haji Jaffri menubuhkan Syarikat Memproses Menjual Ayam Bismi dahulu.

Sehingga kini, kilang Ayam Bismi memproses ayam secara purata sebanyak 15,000 ekor ayam sehari.

Terdapat 12 jenis produk utama dari Ayam Bismi :
1. Ayam hidup
2. Ayam segar
3. Ayam Potong 9 (segar beku)
4. Ayam Potong 12 (segar beku)
5. Bahagian Paha Thigh (segar beku)
6. Bahagian Sayap (segar beku)
7. Bahagian Dada (segar beku)
8. Ayam Perap (perasa BBQ, Tandoori dan Klasik)
9. Ayam Kisar 1kg & 400g
10. Bebola Ayam Cheese 500g
11. Bebola Ayam Original 800g
12. Rempah Goreng Tandoori 50g & 300g

Outlet Ayam Bismi dikendalikan oleh syarikat Ayam Bismi sepenuhnya. Namun, jika tuan/puan berminat untuk menjadi Pengedar Sah Ayam Bismi, sama ada ingin menjual ayam segar atau menjadi agen bagi produk segar beku, boleh hubungi 0195900060 untuk maklumat lanjut.

Scroll to Top