Sejarah Bismi Empire

Segalanya bermula pada 1988,

Ketika Pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Haji Jaffri Ahmad melibatkan diri dalam perniagaan ayam segar setelah diperkenalkan oleh seorang rakannya yang turut berminat dalam bidang berkenaan sebagai rakan kongsi. ​

Beliau memulakan perniagaan dengan membeli ayam hidup daripada pembekal, kemudiannya disembelih dan dipasarkan. Pada hari pertama, Haji Jaffri menyembelih sebanyak 50 ekor ayam namun pada masa yang sama masih tercari-cari tempat untuk menjualnya. ​

Walau bagaimanapun, beliau kemudian mengambil inisiatif untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi dengan sebuah pikap usang sehinggalah berjaya mendapatkan tapak di Pasar Tani Alor Setar, Kedah. Semuanya atas usaha beliau sendiri tatkala rakan kongsi sudah menyerah kalah dan meninggalkannya terkontang kanting. ​

​Mulai saat itu, beliau tekad dan nekad untuk mengembangkan perniagaan daripada memproses ayam sehingga memasuki segmen penternakan dan pengedarannya secara besar-besaran. Menjadi tulang belakang beliau, isteri kesayangan, Hajah Mazlina Kamarudin selaku Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd.

Ahli Lembaga Pengarah

Pengasas & Presiden

Y.BHG HAJI JAFFRI AHMAD

Dilahirkan pada 8 Disember 1964 dan tempat kelahiran di Simpang Empat, Alor Setar (Ditapak Ibu pejabat dan Pusat Jualan Ayam Bismi). Beliau merupakan anak kepada seorang pemandu bas dan ibunya hanyalah seorang suri rumah.

Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan sejak sekolah rendah lagi dimana awalnya membantu ibunya menghantar kuih di kedai-kedai di sekitar Simpang Empat. Kemudiaannya, beliau meneruskan lagi minat berniaga dengan menceburi pelbagai perniagaan yang lain sehingga pada tahun 1988, mula menjalankan perniagaan ayam bersama rakan kongsi beliau.

Namun, rakan kongsi beliau tidak bertahan lama menyebabkan beliau meneruskan perniagaan ayam seorang diri. Pada tahun 1990, beliau telah berkahwin dengan Hajah Mazlina Kamarudin (Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd) dan bersama-sama menjalankan perniagaan ayam sehingga berjaya mencipta jenama Ayam Bismi di Malaysia.

Kini beliau telah memegang jawatan sebagai Presiden Bismi Empire. Bismi Empire Sdn Bhd adalah pemegang saham Utama di dalam Bismi Cergas Sdn Bhd, Ayam Bismi Sdn Bhd, Naka Biolife Sdn Bhd dan Ayam Bismi Food Sdn Bhd.

Tidak dilupakan beliau juga adalah Pengasas atau Founder Ayam Bismi.

Pengarah Urusan

Y.BHG HAJAH MAZLINA KAMARUDIN

Dilahirkan di Perlis Indera Kayangan pada tahun 1967. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang bekerja sebagai pesawah padi.

Biarpun kehidupan di kampung ketika itu serba kekurangan, ibu dan ayahnya sentiasa menasihati beliau untuk mengutamakan pelajaran. Beliau dididik supaya berani untuk berdikari dan berbuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Tidak menghiraukan kata-kata orang. Dalam mencorakkan kehidupan.

Beliau yang berkelulusan Diploma Analisa Pelaburan dari UiTM Shah Alam mula bekerja sebagai Kerani Akaun pada tahun 1989. Kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Haji Jaffri Ahmad pada tahun 1990 dan bersama-sama menjalankan perniagaan ayam. Mereka berdua membina jenama Ayam Bismi sehingga dikenali di seluruh Malaysia.

Kini beliau telah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan kepada syarikat Bismi Empire Sdn Bhd. Bismi Empire memegang saham didalam Ayam Bismi Sdn Bhd, Bismi Cergas Sdn Bhd, Naka Biolife Sdn Bhd dan Ayam Bismi Food Sdn Bhd. 

Disamping itu beliau adalah Pengasas Rumah Makan Percuma secara bersama, dengan Haji Jaffri.

Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Board of Trustee INSKEN dan mendapat beberapa penganugerahan professional dalam Neuro-Linguistic Programming.

Kepakaran beliau adalah dalam bidang Persuasion, Mentoring dan Coaching.

Visi Syarikat

Menjadi jenama Ayam Halal yang paling dipercayai di seluruh Malaysia

Misi Syarikat

Kami adalah entiti perniagaan ternakan bersepadu dari ladang terus ke dapur anda.

Janji Kami

Kami menjanjikan ketenangan fikiran dengan menyediakan ayam halal segar pada kualiti premium.

Kepakaran

Kepakaran kami adalah di dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam Halal

Dakwah

Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna Muslim tentang kepentingan makan makanan yang Halal untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

Nilai Syarikat

Scroll to Top