๐”๐ฌ๐ข๐š ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐œ๐ž๐›๐ฎ๐ซ๐ข ๐›๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ ๐š๐ฒ๐š๐ฆ

ALOR SETAR: Usia tidak pernah menghalang kepada Rosni Yaadil, 62, dari Gombak, Selangor aktif sebagai stokis Ayam Bismi sejak beberapa tahun lepas.

โ€‹

Malah menurutnya, jika dahulu dia ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat sebagai platform ampuh untuk pemasaran produk tersebut namun semua itu berubah sejak terjun ke dunia bisnes ayam.

โ€‹

โ€œBila terfikir nak buat bisnes ayam dahulu pada 2019, memang terus jadi stokis, redah sahaja sebab dapat banyak maklum balas positif tentang Ayam Bismi dan tak sangka mudah sangat jual produk Ayam Bismi ini lebih mudah daripada jual produk sejuk beku makanan lain,โ€ katanya di sini hari ini.

โ€‹

Menurut nenek kepada lima cucu ini, daripada jualan 400 pek dia kini menjual sehingga 1,000 pek setiap bulan pelbagai produk ayam segar beku (FFC) Ayam Bismi.

โ€‹

โ€œSelain menjual sendiri saya juga ada lebih kurang enam ejen di sekitar Gombak ini merekalah yang banyak membantu terutama ketika PKP ini.

โ€‹

โ€œSaya jual produk ini di rumah sahaja dan dibantu oleh anak-anak saya juga. Bukan setakat Gombak, saya menerima pesanan di kawasan lain juga termasuk Wangsa Maju,โ€ katanya.

โ€‹

Rosni bekas pesara kerajaan ini memberitahu, jualan sepanjang PKP agak menggalakkan terutama dalam kalangan suri rumah.

โ€‹

โ€œItu yang jadikan saya seronok jual produk Ayam Bismi kadang-kadang tak sempat simpan lama dalam peti sejuk beku. Dahulu saya pernah berniaga kuih sejuk beku tetapi tak jalan, mungkin kerana ayam ini semua orang makan dan tiap-tiap hari orang cari.

โ€‹

โ€œTambah Ayam Bismi pula mudah disediakan tak perlu basuh cuma bilas dan masak sahaja,โ€ katanya yang mendapat dorongan kuat daripada suami, Sanet Hashim, 62.

โ€‹

Bercakap tentang perancangan masa depan kata Rosni, dia bersemangat untuk terus menceburi bidang tersebut selagi termampu kerana mempercayai jenama Ayam Bismi.

โ€‹

โ€œSatu kita dapat tambah pendapatan untuk keluarga dan satu lagi kita jual benda yang halal toyyiban untuk umat Islam, saya percaya ada pahala juga untuk itu.

โ€‹

โ€œWalaupun terkial-kial sedikit bab media sosial ini, maklumlah sudah masuk kategori warga emas tetapi saya selalu ingin belajar. Saya belajar daripada anak-anak. Selain daripada grup WhatApps saya juga promosi guna Instagram, Ayam Bismi Gombak,โ€ katanya.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

โ€‹

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

โ€‹

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tip, ilmu serta bimbingan percuma bagaimana menjadi usahawan ayam halal boleh menyertai group Telegram Bismi2u https://t.me/bismi2u.

Sehingga kini terdapat lebih 600 stokis serta ejen produk berkenaan di seluruh negara.

Scroll to Top