Produk

Pemprosesan Ayam Bismi

Ayam Bismi menjalankan aktiviti memproses dan menjual ayam segar sejak 1988 dan pada 1994, Bismi Cergas Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti memproses dan menjual ayam secara sistematik. Ayam Bismi terus berkembang dan pada 2009, ditubuhkan sebuah lagi anak syarikat, Ayam Bismi Sdn. Bhd. bagi mengendali sepenuhnya aktiviti memproses ayam di kilang selain sebagai medium penggerak kepada pemasaran di bawah jenamanya. ​ Kapasiti memproses ayam di kilang ini pada awalnya hanya 3,000 ekor sehari namun dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja sedia ada, kini mampu memproses 30,000 ekor sehari. Selain itu, Ayam Bismi mempunyai rumah sembelihan yang berstatus HALAL JAKIM serta memiliki sijil MESTI yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekaligus menjadikan jenama Ayam Bismi sebagai produk Ayam Halal di Malaysia. ​ Secara khususnya, produk utama Ayam Bismi adalah ayam segar yang dipasarkan di Pusat Jualan Utamanya di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar dan 15 outlet di Kedah dan Perlis. Namun seiring peredaran masa, produk Ayam Segar Beku (FFC) yang lebih mesra pengguna juga diwujudkan dan diedarkan melalui sistem ejen dan stokis seluruh Semenanjung Malaysia. ​ Melalui proses rekrut ejen dan stokis yang dijalankan berterusan oleh syarikat, sehingga kini, Ayam Bismi mempunyai 600 ejen dan stokis yang turut sama menjadikan jenama Ayam Bismi dikenali ramai, di samping aktiviti jualan dan pemasaran yang dijalankan oleh pasukan Ayam Bismi. ​

Senarai Produk

Ayam Hidup

Produk yang dibekalkan dibawah anak syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd

Ayam Segar

Dibekalkan ke Outlet Ayam Bismi dan juga pengedar sah Ayam Bismi.

FFC Potong 9

Seekor ayam sejuk beku yang siap dipotong 9 dan dicuci. Berat bersih 1.1-1.2 Kg.

FFC Potong 12

Seekor ayam sejuk beku yang siap dipotong 12 dan dicuci. Berat bersih 1.3-1.4 Kg.

Drumstick + Thigh

Potongan Paha Atas dan Paha Bawah didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

Sayap (Wing)

Potongan Sayap didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

Dada (Breast)

Potongan Dada didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

Thigh

Potongan Thigh didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

Isi Ayam
(Boneless Breast

Potongan Isi Ayam didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

Chicken Chop

Potongan ayam tanpa tulang didalam satu bungkusan. Siap dicuci. Berat bersih 1 Kg.

WF 1.3Kg

Seekor ayam sejuk beku sekali kepala dan kaki didalam satu bungkusan. Berat bersih 1.1 Kg.

WF 1.5Kg

Seekor ayam sejuk beku sekali kepala dan kaki didalam satu bungkusan. Berat bersih 1.3 Kg.

Ayam Perap

Seekor ayam sejuk beku dipotong dua dibahagian dada. Berat bersih 1.3 Kg. Terdapat 3 perisa iaitu Klasik, BBQ dan Tandoori.

Chicken Popcorn

Produk 100% dari Isi Ayam. Terdapat dua perisa Original dan Pedas. Berat Bersih 500 gram.

Ayam Kisar

Menggunakan 100% isi dada ayam segar Bismi yang dikisar halus. Berat bersih 1kg dan 400g.

Bisball Original

Produk 100% dari Isi Ayam Bismi. Perisa Original dan Berat Bersih 800 gram.

Bisball Cheese

Produk 100% dari Isi Ayam Bismi. Perisa Cheese dan Berat Bersih 500 gram.

Rempah Ayam Goreng Tandoori

Serbuk rempah hasil istimewa Chef Din. Terdapat 2 berat iaitu 50 gram dan 300 gram

Crispy Fried Chicken

Diadun khas bersama rempah ratus bermutu tinggi. Rasa pedas yang puas. Mengandungi 11-13 ketul ayam dalam satu pek. Berat bersih 850 g. 

Original Crispy Fried Chicken

Diadun khas bersama rempah ratus bermutu tinggi. Mengandungi 11-13 ketul ayam dalam satu pek. Berat bersih 850 g.

Nugget Ayam Tempura

Bakal dipasarkan tidak lama lagi melalui outlet, ejen dan stokis. Diperbuat daripada isi ayam Bismi. Berat bersih 800 g.

Scroll to Top