๐ƒ๐ฎ๐ญ๐š ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š, ๐ฉ๐ž๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐ญ๐ซ๐š๐ ๐ž๐๐ข ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š ๐š๐ข๐ซ

ALOR SETAR: Atas rasa prihatin dan simpati kepada mangsa dan petugas barisan hadapan tragedi kepala air di Yan, Rabu lepas, Duta Ayam Bismi yang juga cef popular, Mohammad Saifudin Rosli meluangkan masa mengerah keringat menyediakan makanan secara bergotong royong untuk semua terlibat.

โ€‹

Sosok yang terkenal dengan panggilan Chef Din yang juga Pengarah Komunikasi Ayam Bismi memberitahu, beliau terpanggil untuk turut serta dalam aktiviti tersebut wakili syarikat sebagai meringankan beban pihak yang bertungkus lumus membantu mangsa di lokasi bencana itu.

โ€‹

โ€œSaya mula memasak sejak Jumaat lepas secara bergotong-royong bersama dengan Badan Muslimat Masjid Al Wustha dan anggota daripada badan bukan kerajaan (NGO) lain seramai 30 orang untuk lebih 1,000 orang termasuk mangsa bencana dan petugas barisan hadapan terlibat.

โ€‹

โ€œPenat tetapi seronok. Rasa gembira apabila dapat bantu mangsa, sukarelawan, dan petugas barisan hadapan ini. Sudah hampir seminggu mereka berdepan ujian hebat dengan tragedi ini, jadi kalau kita boleh buat sesuatu ceriakan mereka, tentulah terharu.

โ€œMemang rasa sayu bila lihat apa yang terpaksa mereka tempuhi itu,โ€ katanya.

โ€‹

Kata Chef Din, aktiviti memasak secara gotong-royong yang diadakan di Masjid Al Wustha, Guar Chempedak itu dijayakan dengan kerjasama, Masjid Al Wustha, kerajaan negeri, pejabat Daerah Yan, Zakat Kedah, Pengurusan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia), Yayasan Amal, pejabat ADUN Sungai Limau dan Pejabat Parlimen Jerai.

โ€‹

โ€œSetiap hari kami akan masak untuk makan pagi, tengah hari dan malam di lokasi. Aktiviti ini dijangka tamat 26 Ogos ini,โ€ katanya.

โ€‹

Tambahnya, selain aktiviti memasak beliau turut menyertai gotong royong membersihkan Masjid Jameโ€™ Badlishah di Yan yang turut terjejas akibat bencana alam yang membawa banjir lumpur pada Rabu minggu lepas.

Scroll to Top