Resepi Crispy Tender Ayam Bismi

Bahan A:

500g dada ayam Bismi (pejal dan fresh)

Bahan B:

1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 ulas bawang besar – cincang halus

Bahan C:

1 cawan tepung jagung
2 biji telur
1/2 cawan parmesan cheese
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan D:

1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan butter

.
Cara-caranya:

1. Perap Bahan A dengan Bahan B. Biarkan 10 minit.
2. Campurkan semua Bahan C dalam satu bekas. Kacau sebati.
3. Panaskan kuali. Masuk Bahan D.
4. Bila dah panas, celup ayam yang diperap tadi ke dalam campuran Bahan C.
5. Masak dalam kuali hingga garing.

.

Scroll to Top