½ ekor ayam
Sedikit kunyit dan garam
2 biji bawang besar (saiz besar)
10 ulas bawang putih
6 batang serai
1 inci halia
Sedikit belacan
1½ genggam cili kering ( direndam)
3 tangkai daun kari
Sedikit gula dan sedikit garam
Kicap manis
Kicap pekat
Cara-cara :
✔️Goreng ayam sehingga masak. Jangan sampai garing tau.
✔️Guna minyak ayam, tumis Serai dan daun kari sehingga kekuningan.
✔️Masukkan bawang yang di blend tadi. Tumis sampai naik minyak.
✔️Dah naik minyak, masukkan cili yang kita dah blend. Tumis sampai cili betul2 masak.
✔️Masukkan kicap manis. Renjis2 ikut suka. Hehe. Sebab yang ni tak de sukatan.
✔️Kemudian masukkan 1 ½ sudu kicap pekat.
✔️Kacau rata. Perasa kan dengan gula dan garam
✔️Gaul sebati, masukkan ayam goreng tadi.
✔️Kacau sampai ayam dan sambal mesra.
✔️Dah siap, sedia dihidang!