ALOR SETAR: Tahukah anda bahawa ujian saringan mengesan bakteria diadakan secara berkala di premis Ayam Bismi iaitu kilang dan ladangnya.
โ
Langkah itu untuk memastikan semua produk dihasilkan bukan sahaja bersih tetapi selamat dimakan oleh pelanggan.
โ
Tentunya, bukan sahaja persekitaran premis Kilang Memproses Ayam di Simpang Empat Kangkong di sini sentiasa dipastikan bersih dan selamat namun bebas daripada sebarang bakteria iaitu faktor penting dalam pemasaran hasil ternakan yang sihat.
โ
Demikian fungsi makmal diagnosis, Naka Biolife Sdn. Bhd. yang juga merupakan salah satu daripada anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).
โ
Menurut ahli penyelidik mikrobiologi Naka Biolife Sdn. Bhd., Ts. Isma Syahril Ismail, makmalnya yang terlibat secara langsung dalam pensijilan halal Ayam Bismi itu mengadakan ujian saringan di premis berkenaan secara berkala.
โ
โRutin di Kilang Memproses adalah mengadakan ujian saringan mengesan bakteria patogen makanan dan bakteria salmonella dengan kaedah pengambilan sampel cecair di premis berkenaan secara berkala. Sampel yang diambil dan dibawa ke makmal untuk didiagnos bagi mengesan sebarang kehadiran bakteria itu.
โ
โSelain itu, ujian sampel turut dijalankan ke atas patogen untuk produk yang siap diproses di kilang berkenaan,โ katanya.
โ
Beliau menambah, langkah berkenaan perlu selaras dengan usaha syarikat memastikan produk Ayam Bismi bukan sahaja bersih malah selamat iaitu halal toyyiban.
โ
โDi samping menjaga pensijilan halal iaitu melalui sembelihan yang betul, kita juga jaga toyyiban dan audit di kilang untuk memastikan tidak ada pencemaran bakteria.
โ
โUji saringan ke atas sampel untuk memastikan tiada kandungan bakteria itu sangat penting,โ jelasnya.
โ
Sementara di ladang pula, kata beliau, ujian saringan Salmonella dilakukan terhadap ternakan yang akan dihantar di kilang untuk diproses.
โ
Tambah beliau, konsep halal toyyiban yang menjadi misi utama Ayam Bismi untuk memasarkan produknya turut menekankan kepada pemakanan ternakan iaitu dedak.
โ
โUntuk pastikan ternakan bebas daripada sisa khinzir dalam dedak, setiap dedak yang dibawa masuk ke ladang untuk ayam membesar akan diambil sampel untuk ujian bagi memastikan makanan itu bebas daripada sebarang residu khinzir dan ujian yang kita jalankan setakat ini adalah negatif.
โ
โSalah satu penekanan utama pengasas Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad dan Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin mencetuskan penubuhan Naka Biolife ini adalah untuk memastikan syarikat memasarkan ternakan untuk pengguna makan tanpa was-was,โ katanya.
โ
Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk
.
Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).