πƒπšπ«π’ 𝐏𝐑𝐧𝐨𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐑 𝐀𝐞 π’π’π¦π©πšπ§π  π„π¦π©πšπ­, 𝐏𝐚𝐀 𝐋𝐨𝐧𝐠 𝐁𝐄𝐄𝐓 𝐚𝐀𝐑𝐒𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐒π₯𝐒𝐑 π€π²πšπ¦ 𝐁𝐒𝐬𝐦𝐒

ALOR SETAR: Puas berkelana dari satu negara ke satu negara untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan tanpa batas sempadan, Abdul Haffidz Ahmad, 49, kini β€˜tenang’ di Ayam Bismi.

Ketua Jabatan Elektrik dan Mekanikal Ayam Bismi yang lebih popular dengan panggilan Pak Long dalam kalangan warga Ayam Bismi memberitahu, kebahagiaan dan kepuasan yang dikecapi dalam kerjayanya kini adalah lebih kental dalam usaha membantu syarikat bumiputera itu untuk terus maju.

β€œRasa berbunga… apabila dapat bekerja dengan syarikat bumiputera seperti ini. Paling penting apabila syarikat ini berusaha menegakkan apa yang halal toyyiban tanpa gagal… itu adalah keberkatan. Itu belum termasuk Rumah Makan Percuma (RMP), bagi makan percuma kepada mereka yang memerlukan.

β€œSaya selalu percaya Ayam Bismi ada anugerah dan keberkatan, insyaAllah. Itu sebab saya β€˜menetap’ di sini untuk bantu syarikat ini apa yang patut dari segi elektrik dan mekanikal,” katanya yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang berkenaaan.

Bercerita tentang kerjayanya yang bermula di Ayam Bismi sejak dua tahun lepas, kata Pak Long, dia terbaca satu iklan tentang kontraktor pendawaian yang diperlukan syarikat ini ketika berada di Phnom Penh untuk satu misi kebajikan masyarakat Islam di situ.

β€œSelepas itu saya mesej terus kepada Hajah Mazlina untuk dapatkan kerja ini dan dapat. Tugas adalah membaiki sistem pendawaian di ladang Ayam Bismi.

β€œDi saat itu saya mula mengesan kerosakan berkala yang terancang dalam sistem pendawaian di sini dan terdetik bagaimana ada pihak yang sanggup berbuat demikian kepada syarikat bumiputera ini,” katanya.

Katanya, atas rasa tanggungjawab dan prihatin dengan syarikat ini juga dia mencadangkan penubuhan Pasukan Elektrik Bismi Empire atau BEET untuk memastikan syarikat berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua urusan elektrik dan mekanikal tanpa perlu mengupah kontraktor elektrik dari luar lagi.

β€œCadangan ini diterima dan di situ bermula kerjaya saya sepenuh masa di sini. Setakat ini terdapat 12 pekerja BEET termasuk enam daripada mereka bertugas di ladang Ayam Bismi.

β€œDulu Ayam Bismi upah kontraktor elektrik dan di situ saya lihat banyak kepincangan seperti kerosakan yang dirancang secara berkala. Sebagai orang Islam, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu syarikat ini daripada tidak terus diambil kesempatan daripada pihak luar. Saya akan terus di sini membantu Ayam Bismi selagi diperlukan,” katanya.

Lebih membanggakan, BEET turut didaftarkan sebagai kontraktor elektrik dalam usaha mengukuhkan bahagian itu.

Selain itu, kata Pak Long, ia juga membolehkan syarikat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan dan agensinya dalam bidang berkaitan.

β€œAntara MoU yang kita jalankan adalah dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk melatih anak-anak muda dalam bidang elektrik dan mekanikal ini.

β€œTerbaharu dengan Institut Kemahiran Belia dan Sukan Negara (IKBN) untuk memberi latihan industri kepada pelatihnya. Setakat ini kita melatih 18 pelatihnya dari IKBN Jitra, Dusun Tua dan Kuala Perlis,” katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).

Scroll to Top