๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ค ๐’๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข

ALOR SETAR: Pak Su atau nama sebenarnya, Md. Saad Ahmad, 51, bukan nama asing di syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi).

Pak Su merupakan antara pekerja awal Ayam Bismi ketika syarikat berkenaan mula bertatih dalam bidang perniagaan lebih tiga dekad lampau. Kesetiaan Pak Su dengan jenama halal toyibban ini sukar dinafikan kerana usai menamatkan perkhidmatannya dengan syarikat berkenaan tujuh tahun lalu, dia memilih untuk menjadi pemborong Ayam Bismi dan dengan perniagaan tersebut dia mengecapi kesenangan hidup.

โ€‹Kata Pak Su, dia dan Ayam Bismi diibaratkan isi dan kuku. Perjuangan syarikat berkenaan dalam memastikan anggota masyarakat mendapat produk makanan yang halal menarik perhatiannya untuk menjadi pemborong ayam.

โ€‹โ€œRasa tenang apabila kita jual benda yang kita sudah yakini bahawa ia halal kerana saya tahu Ayam Bismi bermula daripada cara ayam diternak, disembelih dan proses semuanya mengikut syarak. Tidak was-was lagi,โ€ katanya yang juga merupakan penerima Anugerah Pemborong Cemerlang Ayam Bismi 2020.

โ€‹Menurut Pak Su, dia juga memilih untuk berniaga ayam kerana terinspirasi daripada kejayaan bekas bosnya, Haji Jaffri Ahmad yang juga merupakan pengasas dan Presiden Ayam Bismi.

โ€‹โ€œSaya bersemangat untuk berniaga kerana melihat kegigihan bekas bos saya itu yang membuktikan jika kita nekad dan berusaha sedaya upaya kita akan berjaya,โ€ katanya yang mula bekerja dengan Ayam Bismi pada 1990.

โ€‹Tidak keterlaluan disimpulkan bahawa usaha keras Pak Su membuahkan hasil kerana bermula daripada cuma memborong 50 ekor ayam dari Ayam Bismi dia kini mampu menjual sehingga 300 ekor setiap hari.

โ€‹โ€œSaya berniaga enam kali seminggu di Pasar Tani seluruh Kota Setar. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ambil tempahan secara online sahaja jadi tak berhenti berniaga langsung dan ada juga pendapatan harian,โ€ katanya yang sering melakukan penghantaran dari rumah ke rumah bersama isterinya, Mazlyana Mohd. Jusoh, 41.

โ€‹Sesuatu yang membanggakan adalah dua daripada tiga anaknya itu kini mengikut jejaknya menjadi pemborong Ayam Bismi iaitu Ayu Nazira, 21, dan Muhammad Aliff Aiman, 20 yang berniaga sekitar Kuala Kedah.

โ€‹โ€œDari mereka kecil lagi suka ikut saya berniaga dan lepas habis sekolah memang saya galakkan mereka berniaga ayam. Mereka bermula kecil-kecilan dulu ambil 50 atau 60 ekor sehari macam saya dulu,โ€ katanya.

โ€‹Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sebagai pemborong ayam, Pak Su menasihatkan agar mereka memilih jenama yang diyakini halal kerana ia juga merupakan tuntutan Islam.

โ€‹Sementara itu sebagai syarikat memperjuangkan ayam halal untuk ummah, Ayam Bismi sentiasa mengalakkan penduduk menjadi ejen atau pemborong produknya yang juga dikenali sebagai โ€˜Halal Fighterโ€™ untuk menjana pendapatan mereka.

โ€‹Selain mempunyai lesen menjadi pengedar sah, Ayam Bismi mempunyai pelbagai pakej menarik bagi mereka yang berminat malah ganjaran turut diberikan kepada mereka yang membuat jualan tertinggi.

โ€‹Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian, 019 5900060 atau klik sini untuk whatsapp wasap.my/60195900060/nakjadipemborong .

โ€‹Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top