๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐‚๐’๐‘ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ, ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฃ๐š๐ฌ ๐‚๐จ๐ฏ๐ข๐-๐Ÿ๐Ÿ—

ALOR SETAR: Penduduk dalam kalangan asnaf dan mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 terus mendapat manfaat melalui program Ayam CSR anjuran Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan kerjasama anggota masyarakat yang prihatin.

โ€‹Agihan terbaharu melibatkan sumbangan daripada syarikat agensi pemasaran, ๐’๐ž๐œ๐ซ๐ž๐ญ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐ž๐ž๐ซ iaitu 30 ekor ayam segar dalam usaha meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung golongan berkenaan.

โ€‹Sumbangan disampaikan oleh wakil Jabatan Pemasaran Ayam Bismi hari ini kepada penduduk sekitar terdiri warga emas, pesakit terlantar dan tidak berkemampuan.

โ€‹Salah seorang penerima, Sofiah Abu Seman, 44, dari Jalan Kangkong Simpang Empat iaitu orang kurang upaya (OKU) yang hidup serba kekurangan di samping suami, Karim Md. Saad, 47, dan anak mereka, Mohd. Arif Ramadhan, 13.

โ€‹Menurut Sofiah, yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis, pemberian dua ekor ayam itu cukup menggembirakan keluarga.

โ€‹โ€œSuami hanya buat kerja kampung kerana perlu menjaga saya sejak potong kaki kiri dua tahun lepas kerana kencing manis selain itu saya juga perlu buat dialisis empat kali sehari di rumah.

โ€‹โ€œDengan pendapatan yang tak tentu susah nak beli ayam,โ€ katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Turut menerima sumbangan, Chik Ghani, 80-an yang uzur kerana masalah sakit lutut yang dihadapinya sejak awal PKP 3.0 bulan lepas.

Chik yang kini dijaga oleh tiga cucu lelakinya merupakan pelanggan setia Ayam Bismi yang ketika masih sihat tidak akan ketinggalan berkunjung ke Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Simpang Empat, Alor Setar.

โ€‹โ€œTok Wan memang suka Ayam Bismi masa sihat dulu setiap hari pergi beli. Kalau buka peti air memang penuh dengan Ayam Bismi saja. Sekarang tak sihat kerana sakit lutut sebab itu tak boleh keluar lagi,โ€ cerita cucunya, Abdul Rahim, 21.

โ€‹Sepanjang PKP 3.0, program Ayam CSR tersebut menerima sumbangan sebanyak RM28,300 daripada individu, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk diagihkan dengan pemberian ayam percuma itu.

Ayam Bismi turut menyediakan subsidi dengan setiap pembelian ayam untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan itu.

โ€‹Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top