KUALA NERANG: Bermadu adakalanya cukup manis.
โNor Haslina Mohd. Noor, 37, dan Nor Habsah Md. Noh, 62, dari Kampung Bakong di sini membuktikan perkara itu.
โKenapa tidak? Selepas suami mereka, Md. Rozi Saad, 60, seorang penoreh meninggal dunia tiga tahun lepas Nor Habsah dan Nor Haslina terpaksa bergantung antara satu sama lain menyara keluarga besar mereka.
โApatah lagi, kesihatan Nor Habsah tidak begitu baik kerana penyakit asmanya.
โMendiami rumah yang sama di kampung berkenaan Nor Haslina terpaksa mengambil upah di sebuah kedai makan bagi menyara mereka 12 beranak setelah suaminya meninggal dunia.
โNor Habsah pula mengambil upah menjahit baju namun pendapatan ketika pandemik ini tidak menentu.
โHasil perkahwinan dengan Md. Rozi, Nor Habsah isteri pertama mempunyai empat cahaya mata termasuk pasangan kembar yang kini berusia antara 37 hingga 21 tahun.
Madunya pula enam anak berusia 15 hingga enam tahun yang kesemua mereka menetap di rumah peninggalan suami mereka itu.
โSalah seorang anaknya menghidap dyslexia dan memerlukan pendidikan khas.
Bercerita tentang perkahwinannya, Nor Haslina berkata, dia dan Nor Habsah bermadu sejak 15 tahun lepas.
โโSelepas bermadu saya berpindah ke sini. Mula-mula memanglah payah nak sesuaikan diri maklumlah bermadu.
โโKami mengambil masa beberapa tahun juga untuk menyesuaikan diri dan menjadi seperti satu keluarga,โ katanya.
โKedua madu berkenaan ditemui oleh team Bismi Prihatin dalam ziarah menghulurkan bantuan Ayam CSR yang merupakan satu aktiviti amal syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. untuk membantu golongan memerlukan terutama asnaf mendapat makanan berkhasiat.
Nor Haslina menambah, keadaan keluarga itu menjadi sulit setelah suami mereka meninggal dunia namun dia mengambil keputusan untuk terus mendiami rumah berkenaan.
โโKami sudah jadi satu keluarga. Saya dan kakak kini bertanggungjawab terhadap keluarga ini. Kami harus saling membantu kakak ambil upah jahit baju dan saya kerja kedai makan. Dengan wang tersebut kami sara keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah,โ katanya.
Tambahnya, mereka sedikit beruntung kerana mendapat bantuan zakat RM500 dan JKM sebanyak RM600.
โโSaya dapat bantuan zakat dan kakak pula JKM, duit ini dapatlah belanja anak-anak,โ katanya.
Menurut Nor Habsah pula, madu yang dianggap adiknya itu banyak membantu mereka sekeluarga dari segi menguruskan rumah.
โโDulu masa arwah suami selalu sakit, dialah yang menguruskan semuanya di hospital. Kami sudah jadi satu keluarga mesti tolong menolong,โ katanya.
โMereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menghubungi, Nor Haslina, 0198507197 dan Nor Habsah, 019 9165591.
โAktiviti amal, Ayam CSR merupakan salah satu khidmat sosial korporat (CSR), syarikat Ayam Bismi dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.
โMelalui aktiviti berkenaan anggota masyarakat boleh menyumbang ke dalam dana Ayam CSR tersebut bagi membolehkan ia diagih kepada memerlukan. Ayam Bismi turut menyediakan subsidi bagi pembelian ayam untuk tujuan tersebut.
โAgihan terbaharu di beberapa kampung di sini semalam merupakan sumbangan daripada Jasmiza Jamalluddin dari Jasmiza Solution Sdn Bhd.