๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐๐ข๐ญ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ข๐›๐š๐ก

ALOR SETAR: Tidak jarang musibah datang menduga dan ujian itu mendatangi penjual nasi lemak dan pelanggan setia Ayam Bismi, Norhayati Awang, 47, dari Kampung Padang Jambu, Kangkong di sini.

Sejak 26 Ogos lepas, Norhayati atau lebih dikenali sebagai Kak Yati dalam kalangan penduduk setempat dan warga Ayam Bismi ini hilang sumber pendapatannya sebagai penjual nasi lemak setelah mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kerana terjatuh di rumahnya.

โ€œRedhalah mungkin ini ujian Tuhan nak bagi kat saya dan keluarga,โ€ katanya.

Terdorong dengan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Norhayati, Bismi Prihatin menziarah dan menghulur sumbangan termasuk dua ayam segar melalui program Ayam CSR yang diharapkan dapat meringan beban yang ditanggungnya itu.

Bercerita tentang kejadian itu, Norhayati ibu kepada tiga anak ini memberitahu, tulang pada pergelangan tangan kirinya patah teruk setelah terjatuh di dapur ketika memasak nasi lemak dan lauk untuk jualan keesokan harinya.

โ€œHari hujan dapur basah dan licin. Perkara nak jadi itulah, tiba-tiba tergelincir dan terduduk dengan tangan kiri saya cuba menahan daripada terjatuh sebab hentakan itu tangan patah.

โ€œDoktor bagi tahu tulang di pergelangan tangan ini hancur teruk dan terpaksa dibuang dan dimasukkan besi. Pada 10 September lepas, saya operasi masukkan besi dalam lengan ini dengan perbelanjaan lebih RM3,000. Gunalah duit simpanan yang ada sikit dan keluarga bantu serba sedikit,โ€ ceritanya.

Norhayati memberitahu, kemalangan itu mengakibatkan mereka sekeluarga hilang sumber pendapatan daripada jualan nasi lemak itu.

โ€œKini saya bergantung kepada suami sepenuhnya yang ambik upah buat โ€˜wiringโ€™ tetapi itulah kadang ada orang panggil adalah pendapatan.

โ€œSaya harap cepat sembuh bolehlah buat nasi lemak semula,โ€ katanya yang sering mengunjungi Pusat Jualan Utama di sini untuk mendapatkan ayam segar bagi lauk nasi lemaknya.

Selain itu, gerai nasi lemak Norhayati yang terletak tidak jauh dari Pejabat Urusan Ayam Bismi di sini juga sering menjadi tumpuan ramai.

Dalam pada itu, Norhayati turut melahirkan kebimbangan tentang dua anaknya yang masih bersekolah di Kolej Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) yang bakal kembali ke sekolah masing-masing tidak lama lagi.

โ€œItu pun risau juga macam mana nak sediakan semua kelengkapan mereka. Saya harap sakit saya ini cepat sembuh dan boleh buat nasi lemak semula,โ€ katanya.

Dalam pada itu, selain menyampaikan sedikit sumbangan melalui Ketua Jabatan Pemasaran Ayam Bismi, Wan Fazlina Wan Fhuad semalam, Norhayati juga dialu-alukan untuk mengambil makanan tengah hari percuma dari Rumah Makan Percuma (RMP).

โ€œSekurang-kurangnya lepaslah makan tengah hari keluarga ini kerana dalam keadaan kesihatan dan tangan yang masih tercedera itu susah juga dia nak masak. Lagipun lebih baik dia berehat sepenuhnya dan pulih secepat mungkin,โ€ kata Wan Fazlina.

Aktiviti amal Bismi Prihatin termasuk Ayam CSR merupakan salah satu khidmat sosial korporat (CSR), syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) dengan pemberian ayam percuma kepada golongan memerlukan.

Sementara RMP yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu diinspirasi oleh Pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn Bhd., Haji Jaffri Ahmad dan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan syarikat sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

Kini, setiap minggu dari Ahad sehingga Jumaat, RMP menyediakan lebih 400 pek makanan untuk tetamu dan pekerja Ayam Bismi.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya termasuk Ayam Bismi Sdn. Bhd. Bismi Cergas Sdn. Bhd., Naka Biolife Sdn. Bhd., dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.

Scroll to Top