Soal & Jawab
Anda Tanya Kami Jawab
- Ayam kami diberi suplemen dan probiotik terbaik.
- Diberi minum air bawah tanah yang dirawat dan ditapis.
- Diternak di ladang dan dipantau sepenuhnya oleh Dr. Veterinar dan pasukan Teknikal Ladang yang berpengalaman.
- Tanpa suntikan
- Tanpa hormon pembesaran
- Tanpa ubatan larangan KKM
- Tanpa dedak ayam yang mengandungi sisa khinzir
- Ternakan sembelihan edaran 100% syarikat muslim.
Beroperasi sejak 1988. Sehingga kini Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mempunyai empat anak syarikat iaitu,
- Bismi Cergas Sdn. Bhd. – aktiviti penternakan (ditubuh 1994)
- Ayam Bismi Sdn. Bhd. – aktiviti pemprosesan dan pemasaran (ditubuh 16 November 2009)
- Naka Biolife Sdn Bhd. – mengendali makmal diagnosis (ditubuh 19 Disember 2018 pelaburan RM250,000)
- Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. – pemprosesan produk hiliran (ditubuh 2020)
Ya! Ayam Bismi diasaskan oleh Haji Jaffri Ahmad yang juga Presiden serta isteri, Hajah Mazlina Kamarudin selaku Pengarah Urusannya. Syarikat ini kini memiliki 420 pekerja.
Ya. Ayam Bismi mempunyai sijil HALAL yang berdaftar oleh JAKIM serta sijil MESTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Ayam Bismi Sdn Bhd mempunyai Rumah Sembelihan dan pusat jualan di Pekan Simpang Empat, Kangkong yang telah beroperasi sejak tahun 1988 semasa Tn Haji Jaffri menubuhkan Syarikat Memproses Menjual Ayam Bismi dahulu.
Sehingga kini, kilang Ayam Bismi memproses ayam secara purata sebanyak 15,000 ekor ayam sehari.
Outlet Ayam Bismi dikendalikan oleh syarikat Ayam Bismi sepenuhnya. Namun, jika tuan/puan berminat untuk menjadi Pengedar Sah Ayam Bismi, sama ada ingin menjual ayam segar atau menjadi agen bagi produk segar beku, boleh hubungi 0195900060 untuk maklumat lanjut.