Re-treat Ayam Bismi Food eratkan ikatan sesama pekerja.

Dari satu ke satu Jabatan kami raikan semua pekerja tahun ini. Tiba juga giliran staf di kilang Ayam Bismi Food, seramai 22 orang anak muda menyertai Family Day kali ini.
Pengerusi Majlis, Cik Syazwani juga merangkap supervisor di Kilang Ayam Bismi Food turut menyediakan beberapa aktiviti berkumpulan sepanjang Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Dusun Tok Wak Sentosa, Baling Kedah.
Hari Keluarga tahun ini juga dihadiri oleh En Azli Saat dan isteri pada hari pertama. Sebagai Pengurus Besar syarikat, beliau sangat menyokong dan menggalakkan aktiviti sebegini di setiap Jabatan.
Antar aktivti yang sempat dilakukan ialah game radio buruk, story time, jungle dan water tracking, cari gula-gula dalam tepung dan permainan tarik tali berkumpulan di dalam air.
Tujuan program sebegini dianjurkan di dalam syarikat adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan kerjasama di dalam satu pasukan. Serta meningkatkan rasa sayang kepada syarikat yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja.
Di Ayam Bismi, lebih 400 orang pekerja mendapat pelbagai manfaat dan kemudahan seperti makan tengahari secara percuma di Rumah Makan Percuma, tinggal di hostel dan rumah secara percuma, dapat bercuti secara berkumpulan dan juga bantuan-bantuan tahunan tururt diberikan.
Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Dan syarikat juga dapat menyumbang banyak lagi manfaat kepada pekerja. InsyaAllah.
Scroll to Top