๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ผ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜†๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜, ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป

POKOK SENA: Acap kali kita dihadapkan dengan kontroversi ayam mati, ayam suntik dan ayam tercemar bakteria yang membawa kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan manusia.

โ€‹Bukan itu sahaja, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan antibiotik berlebihan dalam produksi ternakan menjadi sebab utama kepada jangkitan salmonella, bacteria campylobacter, E-coli hingga MRSA yang mampu berpindah daripada haiwan kepada manusia.

โ€‹Lantas pengguna harus memahami bahawa penting memilih ayam terbaik daripada penternak yang akan memastikan ayam dipasarkan bukan sahaja halal daripada cara sembelihannya malah toyyiban yang selamat untuk dimakan.

โ€‹Bukan sekadar menternak dan menjual ayam, proses memastikan ayam ternakan itu sihat dan selamat dimakan juga menjadi segmen penting bagi syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran milikan bumiputera, Bismi Empire Sdn. Bhd. sejak ditubuh pengasasnya, Haji Jaffri Ahmad dengan sokongan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat itu.

โ€‹Menurut Ketua Kesihatan Unggas di Ayam Bismi, Dr. Mohd. Hanafi Ramali, tugasnya dan pasukan teknikal di 18 ladang syarikat berkenaan bukan sahaja untuk memastikan produksi ternakan berjalan lancar mengikut jadual tetapi ternakan yang sihat dan selamat dimakan oleh pelanggan.

โ€‹โ€œSejujurnya, produk Ayam Bismi tidak menggunakan sebarang suntikan hormon atau sebagainya kerana itu sesuatu melanggar peraturan di Malaysia dan dunia. Misi kita untuk memastikan pelanggan menikmati daging ayam yang terbaik dan halal toyyiban,โ€katanya ketika ditemui baru-baru ini.

โ€‹Ibaratnya, tugas doktor ini perlu sangat akrab dan teliti dari segi penjagaan ternakan bermula daripada anak ayam berusia sehari dibawa ke ladang sehingga tumbesarannya sempurna selepas 30 hari ketika dibawa keluar untuk diproses.

โ€‹โ€œTugas kami lebih kepada menjaga kesihatan seterusnya prestasi ayam tersebut dan penilaian tahap kesihatan ayam bermula pada peringkat kemasukan ayam sehingga proses pembesaran. Itu termasuk dari segi prestasi rawatan perubatan sehingga ke proses tangkapan.

โ€‹โ€œProses penjagaan kesihatan ini perlu dilakukan secara teliti daripada A ke Z tanpa terlepas satu bahagian pun. Pasukan teknikal akan memantau ladang untuk pastikan operasi berjalan lancar dari segi pengurusan dedak, kebersihan ladang, memantau berat ayam dan pengurusan dijaga rapi oleh Ayam Bismi,โ€ terangnya.

โ€‹Antara tugas awal veterinar ini di ladang ternakan adalah ujian keseragaman, berat dan kualiti anak ayam serta pensampelan berkala untuk saringan jangkitan virus secara vertical. Sementara persampelan darah secara berkala turut diadakan menganalisis antibodi asal setiap ternakan bagi mengenalpasti waktu sesuai yang sesuai bagi vaksinasi.

โ€‹Penjagaan kesihatan ternakan yang melibatkan sejumlah 1.9 juta ayam menuntut ketelitian, apatah lagi dengan pelbagai cabaran yang terpaksa pasukannya hadapi pada setiap kitaran ternakan, kata Dr. Hanafi.

โ€‹โ€œKita pernah menghadapi krisis harga dedak peringkat global apabila harga dedak, soya dan jagung meningkat. Ujian dari segi kualiti dedak perlu sentiasa dilakukan kerana faktor yang akan mempengaruhi pengeluaran dedak seperti cuaca dan pandemik memberi efek kepada pengurusan dedak. Kita bernasib baik kerana mempunyai makmal sendiri, Naka Biolife Sdn. Bhd., โ€œ katanya.

โ€‹Jelasnya, cabaran lain adalah untuk memastikan ternakan tersebut sentiasa sihat serta bebas daripada ancaman penyakit.

โ€‹โ€œTernakan ayam tidak dapat lari daripada masalah termasuk mycotoxin, jangkitan virus, bacteria dan sebagainya yang membawa jangkitan penyakit bronchitis, penyakit newcastle dan mycoplasmosis. Jadi kami harus pastikan tiada ruang untuk penyakit itu merebak.

โ€‹โ€œAncaman terutama mycoplasmosis dan salmonellosis datang daripada pelbagai sumber, kita teliti dengan lebih kerap kehadiran anak ayam jika ada masalah itu dengan kerjasama makmal Naka Biolife,โ€ katanya.

โ€‹Jelas beliau lagi, penilaian keberkesanan ladang dari segi sistem ladang tertutup untuk memastikan kecekapannya ke tahap memuaskan dari segi pencahayaan, angin dan kedinginan reban untuk keselesaan ternakan.

Tambah beliau, ayam yang sihat dan bebas daripada sebarang kimia serta penyakit atau virus itu penting demi memastikan kesihatan manusia.

โ€‹โ€œIni untuk memastikan ayam yang dijual tidak akan memberikan sebarang alahan kerana alahan itu seringkali dikaitkan dengan kontaminasi kekotoran, mycotoxin dan penyalahgunaan antibiotik yang ada dalam daging.

โ€‹โ€œAlahan ini juga melibatkan kebersihan ayam tersebut termasuk penggunaan antibiotik tanpa kawalan atau preskripsi daripada doktor bertauliah,โ€ katanya.

โ€‹Di sebalik cabaran tersebut, kata beliau, pasukan kesihatan unggasnya itu gigih melaksanakan tanggungjawab demi memastikan ayam yang bersih dan sihat sampai kepada pengguna.

โ€‹โ€œKami mempunyai pengurusan yang kuat memberi sokongan dan itu menjadikan lebih bersemangat memastikan produksi ladang ternakan ini lancar,โ€ katanya.

โ€‹Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

โ€‹Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top