𝑴𝑫 π’Œπ’π’π’ˆπ’”π’Š π’‘π’†π’π’ˆπ’†π’•π’‚π’‰π’–π’‚π’, π’‘π’†π’π’ˆπ’‚π’π’‚π’Žπ’‚π’ π’…π’‚π’π’‚π’Ž π’ƒπ’Šπ’”π’π’†π’” π’‚π’šπ’‚π’Ž

ALOR SETAR: Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berpeluang berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam sektor penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam hari ini melalui program Bicara Ikon Usahawan DPIM.

​Program dengan tajuk, Bisnes Kalis Wabak anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu dan berlangsung hampir dua jam melalui aplikasi Zoom.

​Dikendalikan moderator dari Unisza, Hajah Mazlina yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi DPIM berkongsi pengalamannya menjelajahi dunia perniagaan tersebut bersama suami, Haji Jaffri Ahmad yang juga merupakan pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn. Bhd.

​Dalam bicara yang disertai pelbagai khalayak termasuk usahawan dari seluruh negara itu, beliau turut menggalakkan, mereka ramai yang ingin berjinak-jinak dalam bidang tersebut bermula daripada peringkat bawah bagi mendapatkan pengalaman dan mencipta tapak perniagaan yang kukuh sebelum mencipta kejayaan.

β€‹β€œBelajar dulu jual ayam. Kalau pandai ternak ayam pun kita kena ada sistem bersepadu macam mana nak menguruskan organisasi, pemasaran dan sebagai. Seperti Ayam Bismi, Haji Jaffri juga bermula dengan menjual cuma 50 ekor sebelum memiliki 18 ladang dalam bisnes bersepadu hari ini,” katanya.

​Dalam bicara yang sama, beliau turut menekankan tentang kepentingan kepimpinan dalam sesebuah syarikat, pasukan pekerja pintar dan mencipta peluang bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata untuk kocek sendiri tetapi sedekah serta zakat.

β€‹β€œApa yang Ayam Bismi buat untuk sampai ke tahap ini walaupun banyak dugaan pandemik? Masih tidak buang pekerja malah ambil pekerja, tambah ejen dan disokong oleh bank untuk pembiayaan membesarkan bisnes.

β€‹β€œBuka bisnes bukan macam buka almari ambil baju dan tutup almari. Alhamdulillah ketika pandemik ini banyak syarikat lain seperti ini gagal bertahan, Ayam Bismi sudah berada pada tahap matang iaitu 33 tahun,” katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

​Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top