๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐‹๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐Ÿ ๐ฆ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ

ALOR SETAR: Syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berharap kesemua pekerja menerima vaksinasi lengkap dua dos dalam tempoh seminggu lagi bagi mencapai imuniti kelompok dalam kalangan warganya.

โ€‹

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, sehingga kini sebanyak 98 peratus dalam kalangan pekerja sudah divaksin sekurang-kurangnya satu dos.

โ€‹

“Kita jangka dalam tempoh seminggu lagi kesemua pekerja akan menerima vaksin lengkap dua dos. Vaksinasi ini penting memandangkan Ayam Bismi merupakan syarikat perkhidmatan perlu yang menyediakan bekalan makanan kepada rakyat.

โ€‹

“Penting untuk syarikat capai ‘herd immunity’ secepat mungkin untuk semua pekerja baik di pusat jualan, ladang, kilang atau outlet supaya operasi menyediakan bekalan makanan ini tidak terjejas. Ayam Bismi inginkan semua premis kita terutama di pusat jualan selamat bagi pekerja mahupun pelanggan,” katanya di sini hari ini.

โ€‹

Menurut Hajah Mazlina, pihaknya terhutang budi dengan pihak tertentu yang membantu syarikat berkenaan memperoleh vaksinasi dalam tempoh yang cepat.

โ€‹

“Proses mendapatkan vaksinasi pekerja ini bukan mudah kerana kita melakukan pelbagai cara. Hantar surat rasmi memohon, merayu, ke sana dan ke sini namun banyak kali gagal. Tetapi Alhamdulillah kerana banyak pihak tampil membantu selepas itu.

โ€‹

“Niat Ayam Bismi untuk memastikan pekerja kita selamat dan begitu juga pelanggan serta semua pihak terlibat dengan syarikat bebas Covid-19,” katanya.

โ€‹

Tambah beliau, pengurusan syarikat berkenaan melaksanakan pelbagai langkah pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan tiada penularan jangkitan dalam kalangan pekerja.

โ€‹

“Kita laksanakan pelbagai aktiviti selain sanitasi premis termasuk kilang tiga kali setiap shift, memberikan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan SOP kepada pekerja dan menyediakan suplemen tambahan seperti vitamin C dan habbatus sauda,” katanya.

โ€‹

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

โ€‹

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top