π”π¬πšπ‘πšπ°πšπ§ π›πšπ§π π€π’π­ 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 π€π²πšπ¦ 𝐁𝐒𝐬𝐦𝐒

ALOR SETAR: Hampir mengaku kalah apabila hasratnya untuk membuka kedai pemborong produk halal terbantut, Jamaluddin Maidin Syed, 45, memberitahu percubaan pertamanya sebagai ejen Ayam Bismi sedikit sebanyak membolehkan dia bangkit semua.

β€œSaya hampir putus asa nak batalkan hasrat nak buka kedai menjual produk halal ini pada 2017 kerana sedikit kemalangan yang berlaku dalam keluarga. Barang-barang sejuk beku yang saya beli semua dah nak lelong.

β€œPada masa mengemas itulah saya terjumpa dengan katalog iklan Ayam Bismi dan hati terdetik untuk jadi ejen. Dari situ saya bangkit semula,” katanya di sini hari ini.​

Itu cerita pemilik Kifayah Mart yang megah berdiri di Seremban, Negeri Sembilan ketika ini.

Bersama seorang rakan kongsi, kata Jamaluddin, dia membangunkan premis jualan borong pelbagai jenis produk halal itu setelah mengenal potensi industri tersebut.

Percaturannya tidak salah apabila produk halal yang dipasarkan di premis berkenaan mendapat sambutan dalam kalangan warga Negeri Sembilan malah dari Lembah Klang dan Selangor.

Itu termasuk pelbagai produk ayam segar beku daripada Ayam Bismi dan produk nilai tambahnya yang sering menjadi pilihan.

β€œDulu jualan Ayam Bismi saya cuma 100 pek seminggu kemudian meningkat kepada 300, 600 dan kini 3,000 pek.

β€œSaya juga mempunyai lebih 50 ejen untuk memasarkan produk berkenaan yang meningkat ketika PKP ini dan musim perayaan,” katanya.​

Kejayaan itu dibuktikan dengan peningkatan belian produk Ayam Bismi daripada RM80,000 kepada lebih RM200,000 setahun sekali gus menjadikan syarikat tersebut tersenarai antara 10 stokis terbaik di seluruh negara.

Kifayah Mart juga pernah meraih anugerah Top Achiever Highest Sales 2018 daripada Ayam Bismi lewat kejayaan itu.​

Menceritakan tentang rahsianya, kata Jamaluddin, tentulah usaha tanpa mengaku kalah walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian.​

β€œSaya pernah kerja kilang selama 16 tahun dan berhenti sebab nak buka kedai runcit. Dari situ saya bercita-cita nak besarkan perniagaan saya. Saya pilih perniagaan berasaskan produk halal ini sebagai rasa tanggungjawab saya.

β€œModal untuk besarkan bisnes ini saya kumpul dan tak pinjam mana-mana. Kalau nak berjaya tentu ada jalan selagi kita nak berusaha,” katanya.

Tambah Jamaluddin, Kifayah Mart kini diuruskan oleh anak kepada rakan kongsinya, Uthman Abdul Mutalib.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Selain itu Ayam Bismi turut mengeluarkan produk seperti ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Tidak ketinggalan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Dengar dan belajar daripada perkongsian disini β€”> : t.me/bismi2u

Scroll to Top