๐‘๐Œ๐ ๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐›๐š๐ง ๐Ž๐Š๐” ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š

ALOR SETAR: Sejak seminggu yang lepas kelibat seorang wanita yang kurus ini akrab di mata warga Rumah Makan Percuma (RMP).

Gerak gerinya yang agak ketakutan barangkali tidak terbiasa dengan masyarakat sekeliling menangkap perhatian. Ketika disapa wanita ini rupa-rupanya orang kurang upaya (OKU) intelektual yang turut menghidapi masalah usus.

Norfazila Ramli, 34, dari Kampung Kuala Kangkong di sini memberitahu sejak seminggu lepas dia membonceng motosikal lebih 30 minit dari rumah ke RMP bersama ibunya, Sharifah Hasan, 57, untuk mendapatkan makan tengah hari percuma.

โ€œDulu saya datang ambil satu saja tetapi selepas itu orang yang jaga RMP ini bagi satu kad, jadi saya boleh dapat tiga pek.

โ€œAlhamdulillah, makan tengah hari ini saya kongsi dengan mak, bapa tiri dan mak saudara saya,โ€ katanya.

Wanita ini memberitahu, dia dan ibunya menaiki motosikal dari rumah mereka di Kuala Kangkung setiap hari bila ada masa terluang untuk mendapatkan pek makanan itu yang sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan mereka seharian.

โ€œKalau saya datang ambil memang mak tak perlu masak lagilah. Jimat belanja kami. Saya tak dapat bekerja lama dah sebab masalah usus saya ini. Tengok badan pun kurus kering. Bapa tiri pun dah uzur nak kerja, dulu dia bawa lori,โ€ katanya.

Menurut Sharifah, dia terpaksa menemankan anaknya itu ke RMP kerana Norfazila tidak boleh menunggang motosikal.

โ€œAnak ada masalah darah rendah juga selalu pengsan. Setiap hari memang dia ajak saya datang ambil makanan sebab dia suka lauk ayam. Ikan dia tak makan.

โ€œKalau tak ada ayam memang lauk telur saja setiap hari. Sekarang Alhamdulillah dapat juga dia merasa lauk ayam setiap hari. Kalau ambil makanan kat RMP ini memang tak perlulah makcik masak, jimat duit sikit,โ€ katanya.

RMP yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu diinspirasi oleh Pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn Bhd., Haji Jaffri Ahmad dan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga Pengarah Urusan syarikat sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

Kini, setiap minggu dari Ahad sehingga Jumaat, RMP menyediakan lebih 400 pek makanan untuk tetamu dan pekerja Ayam Bismi.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Scroll to Top