๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ข๐

ALOR SETAR: Setiap pekerja Ayam Bismi sentiasa dipersiapkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik bersesuaian dengan status halal toyyiban terutama yang bekerja di bahagian pemprosesan dan pengendalian produk.

Untuk itu setiap daripada mereka perlu mendapatkan vaksin tifoid bagi mencegah demam kepialu iaitu penyakit bawaan makanan.

Sebanyak 57 pekerja di bahagian kilang memproses ayam dan produk hiliran syarikat ini menerima suntikan tersebut semalam di sini.

Menurut Ketua Operasi Kilang Ayam Bismi, Muhammad Azizi Md Azhar, aktiviti itu adalah salah satu daripada inisiatif syarikat untuk memastikan semua pekerja di bahagian berkenaan menerima suntikan tersebut.

โ€œSemua pengendali makanan perlu mengambil suntikan ini kerana ia sebahagian daripada peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menjamin produk makanan yang dikeluarkan selamat untuk pelanggan.

โ€œHari ini sebanyak 49 pekerja dari kilang memproses dan lapan dari bahagian proses produk hiliran Ayam Bismi menerima suntikan ini. Alhamdulillah semua pekerja memberi kerjasama yang baik kerana masing-masing ingin memastikan produk dikeluarkan selamat dimakan,โ€ katanya.

Menurut beliau, suntikan tersebut diberikan setiap tahun melibatkan pekerja baharu dan mereka yang tamat tempoh tiga tahun dos berkenaan.

โ€œSetiap pekerja perlu disuntik tiga tahun sekali. Kebanyakan pekerja yang menerima suntikan telah tamat tempoh tiga tahun itu dan ada juga pekerja baharu.

โ€œSyarikat ingin memudahkan mereka mendapatkan suntikan ini oleh sebab itu seorang doktor dibawa ke kilang untuk melakukan suntikan ini,โ€ katanya.

Selain pekerja di bahagian kilang memproses turut menerima suntikan pekerja di Rumah Makan Percuma (RMP) yang menyediakan 400 pek makan tengah hari percuma kepada orang ramai dan kakitangan Ayam Bismi.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya iaitu, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd., (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.(pemprosesan produk hiliran).

Scroll to Top