๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ข ๐ฆ๐š๐ค๐ฆ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ, ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐๐ฎ ๐ค๐ก๐ข๐ง๐ณ๐ข๐ซ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐๐š๐ค

POKOK SENA: Makmal diagnosis memainkan peranan penting dalam biosekuriti sektor ternakan ayam terutama fungsi utamanya bertindak untuk mengesan serta mengenalpasti penyakit ayam dan residu khinzir dalam dedak.

โ€‹Atas alasan itu, sejajar dengan visi Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), untuk memasarkan hasil ternakan berteraskan prinsip halal toyyiban, Naka Biolife Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2018 dengan pelaburan lebih RM250,000 untuk mengendalikan makmal diagnosis.

Makmal tersebut yang beroperasi di Pokok Sena melalui kawal selia Team Quality Assurance dengan seorang ahli penyelidik mikrobiologi berpengalaman itu, kini menjadi segmen terpenting bagi sektor ternakan ayam.

โ€‹Sebagai anak syarikat, Naka Biolife Sdn Bhd. berfungsi di setiap segmen utamanya, daripada aktiviti menternak ayam yang diuruskan Bismi Cergas Sdn. Bhd dan Ayam Bismi Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan ayam.

โ€‹Menurut ahli penyelidik mikrobiologi Naka Biolife Sdn. Bhd., Ts. Isma Syahril Ismail, virus atau bakteria merupakan cabaran utama dalam sektor berkenaan namun pencegahan pada peringkat awal dapat memastikan produktiviti dan kualiti ternakan ayam dipertingkatkan untuk pasaran.

โ€‹โ€œDi sini Naka Biolife memainkan peranan di mana salah satu cabaran dalam sektor ternakan adalah kita perlu kawal dan cegah jangkitan virus atau bakteria supaya ia tidak menjangkiti ternakan. Andai dijangkiti tempoh untuk merawatnya akan ambil masa lama dan menjejaskan produktiviti ladang.

โ€‹โ€œJadi tugas kami adalah sebelum bawa masuk anak ayam, kita akan buat saringan โ€˜environmentalโ€™ dulu, uji adakah kesan virus masih ada dari ladang terdahulu? Langkah ini kita akan buat sehingga ayam yang diternak itu dibawa ke kilang untuk disembelih dan diproses,โ€ katanya ketika ditemui di pejabat Naka Biolife Sdn. Bhd. di pekan Pokok Sena semalam.

โ€‹Jelasnya, pelbagai penyakit yang sering menyerang ternakan ayam setiap musim boleh dicegah melalui pengesanan awal sebelum merebak kepada ternakan lain di ladang berkenaan. Untuk makluman Ayam Bismi mempunyai 18 ladang dengan kapasiti hampir dua juta ternakan.

โ€‹โ€œTerdapat pelbagai penyakit ternakan dan ia ikut musim, apa yang perlu kita buat adalah mengesan dan mencegah. Kita gunakan pendekatan molekular untuk kenalpasti seperti ujian calitan bakteria berkaitan makanan, โ€˜organ harvestโ€™ dan proses saringan serum melalui kaedah pengenziman atau lebih dikenali sebagai ELISA.

โ€‹โ€œUjian saringan dan pengesanan penyakit ini penting di setiap fasa proses pembesaran ternakan,โ€ jelasnya yang mempunyai seorang pembantu di makmal itu, Syahidatul Akmal Mohd. Fahmi.

โ€‹Beliau turut menegaskan bahawa kebersihan di kilang juga faktor penting dalam pemasaran hasil ternakan yang sihat.

โ€‹โ€œDi kilang pula, saya terlibat secara langsung pensijilan halal Ayam Bismi, apa yang kita buat adalah di samping jaga pensijilan halal iaitu melalui sembelihan yang betul, kita juga jaga toyiban dan audit di kilang untuk memastikan tidak ada pencemaran bakteria. Ujikaji ke atas sampel untuk mengetahui tahap kandungan bakteria itu sangat penting, โ€œ jelasnya.

โ€‹Tambah beliau, konsep halal toyyiban yang menjadi misi utama Ayam Bismi untuk memasarkan produknya turut menekankan kepada pemakanan ternakan iaitu dedak.

โ€‹โ€œUntuk pastikan ternakan bebas daripada sisa khinzir dalam dedak, setiap dedak yang dibawa masuk ke ladang untuk ayam membesar akan diambil sampel untuk ujian bagi memastikan makanan itu bebas daripada sebarang residu khinzir dan ujian yang kita jalankan setakat ini adalah negatif.

โ€‹โ€œSalah satu penekanan utama pengasas Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad dan Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin mencetuskan penubuhan Naka Biolife ini adalah untuk memastikan syarikat memasarkan ternakan untuk pengguna makan tanpa was-was.

โ€‹โ€œUjian di makmal lain akan mengambil masa yang sama iaitu seminggu namun di sini untuk satu ujian residu khinzir dalam dedak ini hanya mengambil masa sehari,โ€ katanya.

โ€‹Tambahnya, kewujudan Naka Biolife Sdn. Bhd. itu diharapkan memberi keyakinan kepada pengguna terutama orang Islam bahawa ternakan daripada syarikat berkenaan bukan sahaja bebas daripada protein khinzir, bakteria mahupun disuntik dengan antibiotik berlebihan.

โ€‹Jelasnya, Naka Biolife Sdn. Bhd. turut menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dalam usaha mengenalpasti teknologi terkini bidang tersebut selain berkongsi maklumat berhubung bidang biosekuriti, penyelidikan dalam ternakan itu.

โ€‹Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

โ€‹Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top