๐…๐ข๐ž๐ณ๐š ๐›๐š๐ง๐ ๐ ๐š ๐ฉ๐จ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐ข๐ก ๐ญ๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

ย 

PENDANG: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

โ€‹

Itulah keistimewaan kuih tradisional yang sentiasa menjadi juadah atau kudapan sepanjang masa bukan sekadar ketika musim perayaan.

โ€‹

Begitu pun, bukan mudah untuk mengekalkan kuih-kuih tradisional ini di pasaran apatah lagi kurangnya minat dalam kalangan generasi muda hari ini untuk mempelajari cara membuatnya.

โ€‹

Itu juga menjadi alasan utama, Nor Hafiza Ali, 42, membuka perniagaan kuih tradisional di Kampung Sungai Rotan, Jalan Jenun di sini sejak tahun lepas sebagai usaha mempopularkan makanan tersebut.

โ€‹

Sebagai pemborong, kedai yang dinamakan Fieza Kuih Tradisional itu menempatkan pelbagai produk daripada kira-kira 30 pengusaha kuih tradisional dari seluruh Kedah dan Perak.

โ€‹

Antara yang popular di sini ialah putu kacang, bahulu, peneram, kuih bangkit, kuih bakar, kuih beras, muruku, batang buruk, kuih karas dan kuih siput.

โ€‹

Menurut Nor Hafiza atau lebih dikenali sebagai Fieza, kuih tradisional tersebut dibuat dengan mengekalkan resipi tradisinya. Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika ia sering mendapat permintaan ramai.

โ€‹

โ€œContoh putu kacang yang dinamakan Putu Kacang Utara ini, kami mendapat maklum balas yang sangat baik kerana ia tidak seperti dijual di tempat lain. Banyak yang buat kuih ini pakai tepung kacang yang siap, tetapi pengusaha ini guna kacang yang dikisar halus

sebagai ramuan utama. Itu rahsianya.

โ€‹

โ€œLembut, gebu dan cair di mulut bukan baling ke dinding pun tak berderai. Putu kacang ini sangat laris dan dalam seminggu jualannya hampir 500 pek,โ€ katanya ketika ditemui di kedainya itu.

โ€‹

Menurut Fieza, putu kacang berkenaan dibuat oleh seorang pengusaha kuih tradisional dari Sungai Petani.

โ€‹

โ€œKami turut menjual kuih di Shopee dan sambutan cukup mengalakkan,โ€ katanya yang dibantu oleh suaminya, Harun Abdul Ghani, 42.

Bercerita lanjut kata Fieza, permintaan untuk kuih-kuih tradisional itu sentiasa ada terutama ketika musim perayaan.

โ€‹

โ€œBukan sahaja orang Melayu ketika Hari Raya tetapi juga orang Cina, India dan Siam ketika musim perayaan mereka.

โ€‹

โ€œDulu ketika mula nak berniaga kuih tradisional kami memang was-was takut tak boleh โ€˜jalanโ€™ tetapi tak sangka laris juga terutama ketika nak raya memang suami terpaksa tidur di kedai,โ€ kata ibu anak empat ini.

โ€‹

Kata Fieza, dia juga berniaga kek cawan sebelum ini namun terpaksa beralih ke kuih tradisional setelah pandemik kerana sambutan kurang menggalakkan.

โ€‹

โ€œDulu banyak terima tempahan kek ini untuk kenduri sekarang memandangkan tiada kenduri lagi permintaan pun kurang tetapi saya masih buat jika ada tempahan,โ€ katanya.

โ€‹

Bercakap tentang masa depan, kata Fieza, dia dan suami berharap kedainya itu menjadi pusat pengumpulan kuih-kuih tradisional terbesar di negeri ini dalam usaha memastikan legasi makanan ini tidak lupus dek kebanjiran kuih moden.

โ€‹

โ€œSaya rasa inilah satu cara nak kekalkan kuih-kuih tradisional ini supaya ia tidak pupus. Kebanyakan pengusaha kuih ini adalah bumiputera dan membuat kuih ini sejak turun temurun namun tidak tahu bagaimana cara memasarkannya.

โ€‹

โ€œJadi di sini kami pasarkan termasuk secara atas talian selain daripada putu kacang kami juga berhasrat untuk memperbanyakkan lagi produk di Shopee,โ€ katanya.

โ€‹

Mereka yang berminat dengan kuih-kuih tradisional yang enak boleh berkunjung ke kedainya, Fieza Kuih Tradisional di 89, Kampung Sungai Rotan, Jalan Jenun, Pendang atau menelefon, 0126379651.

Scroll to Top