๐ƒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข, ๐ž๐ซ๐š๐ญ ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข

JERAI: Sebuah dusun durian di Jerai Geopark di sini istimewa.

โ€‹Bukan semata-mata kerana variasi durian โ€˜kayanganโ€™ yang ditanam di situ bermula daripada musang king, duri hitam, bantai emas, tekka, udang merah, kancing baju dan chanee, tetapi โ€˜niatโ€™ pemiliknya yang mengusahakan dusun tersebut sejak tujuh tahun lalu.

โ€‹Dusun milik Pengasas Bismi Empire Sdn. Bhd, Haji Jaffri Ahmad dan isteri, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat berkenaan itu sebenarnya sejak dua tahun lepas menjadi tempat kedua-dua majikan ini meraikan pekerja dan kenalan mereka.

โ€‹โ€œAda orang minta nak beli buah, tetapi kami tak jual. Durian di sini Gred A, kalau nak jual orang nak sangat tapi tak apalah, Tuhan bagi rezeki tempat lain dusun ini untuk โ€˜jamuโ€™ pekerja, kontak serta rakan-rakan sahaja,โ€ kata Haji Jaffri.

Dinamakan sebagai Dusun Laman Bismi, kebun tersebut berfungsi mengeratkan hubungan silaturahim seluruh warga Ayam Bismi setiap kali musim durian tiba.

โ€‹โ€œCuma tahun ini buah masak ketika PKP 3.0 tidak dapat nak berkumpul ramai-ramai cuma agihkan di pejabat saja untuk semua makan,โ€ katanya.

โ€‹Bagi kedua-dua majikan ini, kembali menghidupkan suasana berkelah di dusun berkeluasan hampir dua hektar itu dalam kalangan pekerjanya adalah sesuatu yang cukup mengembirakan mereka dan akan

berterusan menjadi tradisi syarikat tersebut.

โ€‹โ€œMelihat kehijauan menikmati suasana sejuk dapat bagi kebahagiaan kepada kami berdua. Bila ke dusun kami juga bersenam. Kami ingin berkongsi perkara itu dengan pekerja.

โ€‹โ€œSaat paling indah bila bawa team Ayam Bismi dan buat potluck, nikmati durian dan ketawa, bersama-sama. Kutip durian, kopek dan makan bersama-sama di dusun tidak semua dapat nikmati suasana macam ini.

โ€‹โ€œKami harap tahun depan pandemik beransur pulih dan semua boleh berkumpul di sini lagi. Kalau pandemik dah reda harap boleh juga jemput pelanggan, banker, ejen serta stokis Ayam Bismi juga satu hari nanti,โ€ kata Hajah Mazlina.

โ€‹Menurut beliau, mereka membeli dusun tersebut dengan harga RM500,000 pada 2014 namun agak terbiar sejak beberapa lama.

โ€‹โ€œCuma masa pandemik ini bila tidak dapat melancong ke mana-mana jadi banyak masa dihabiskan di sini. Kami upah tukang kebun jaga dan bersihkan agar dusun ini sentiasa terjaga,โ€ katanya.

โ€‹Dalam pada itu menurut Haji Jaffri, pihaknya berhasrat membina dua rumah rehat di kawasan berkenaan tidak lama lagi untuk dijadikan tempat penginapan di hujung minggu malah lokasi bagi team building pekerjanya.

โ€‹โ€œSatu rumah menghadap darat dan satu menghadap laut. Satunya dalam pembinaan namun terhenti kerana PKP,โ€ katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

โ€‹Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

 

Scroll to Top