๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก, ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ฉ๐ข๐ค๐š๐ฉ ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ, ๐ค๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ฌ ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‹๐š๐๐š๐ง๐ 

ALOR SETAR: Keceriaan jelas terpancar di matanya tatkala ditemukan kunci kenderaan dalam kotak cenderahati usai satu mesyuarat ketua-ketua pengurusan ladang di Pejabat Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) semalam.

Perasaannya barangkali berbaur antara terkejut, terharu dan gembira tatkala sebuah pikap baharu jenis Toyoya Hilux dipandu gagah memasuki pekarangan pejabat berkenaan.

Itulah cara Ayam Bismi merai dan menghargai Ketua Projek Ladang, Mohd. Shahril Ali, 40, yang sudah 15 tahun berkhidmat dengan syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam ini sekali gus menjadi satu kejutan yang cukup manis dalam kariernya itu.

โ€œMengigilโ€ฆ masih mengigil tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih teramat sangat kepada Haji Jaffri dan Hajah Mazlina kerana menghargai saya. Terkejut, syukur dan gembira semua ada dan โ€˜ketaqโ€™ (mengigil) masih ada.โ€

โ€œPikap lama jenis Hilux 2.5 juga yang saya pakai sejak 2007 elok lagi sebab saya jaga dengan baik tetapi bos bagi yang baharu,

Alhamdulillah,โ€ katanya ketika ditemui selepas penyerahan kenderaan tersebut.

Ketika ditanya lanjut tentang kejutan itu kata Mohd. Shahril, dia sememangnya tidak menjangkakan langsung berita gembira itu menantinya di sini.

โ€œMemang tak sangka langsung ada kejutan. Saya datang ke sini sebab ada mesyuarat dengan Pengurus Besar berkaitan dengan penyerahan ladang baharu. Itu sahaja.

โ€œKeikhlasan kita bekerja kerana Allahโ€ฆ kerana nak bangunkan Ayam Bismi Tuhan balas melalui penghargaan daripada Haji dan Hajah, Alhamdulillah,โ€ kata graduan dalam bidang perakauanan ini.

Kata Mohd. Shahril, sebagai pekerja walaupun mengenali dengan rapat kedua-dua majikannya itu, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa ganjaran.

โ€œSaya percaya Haji dan Hajah menilai daripada cara kita bekerja. Saya bekerja dengan niat nak tolong bangunkan ladang Ayam Bismi ini. Saya tolong macam adik beradikโ€ฆ kerja macam adik beradik dengan buat bersungguh-sungguh, Alhamdulillah Allah balas kat situ.

โ€œSaya percaya kalau niat kita bekerja kerana nak โ€˜hambatโ€™ (kejar) duit lain pula yang Allah bagi,โ€ katanya yang turut menerima sebidang tanah di Kuala Nerang bernilai RM200,000 daripada Ayam Bismi yang menjadi tapak rumahnya kini.

Karier Mohd. Shahril di Ayam Bismi bermula pada 2006, sebagai penyelia ladang di syarikat berkenaan sebelum diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Projek Ladang pada 2015.

Mohd. Shahril terlibat secara langsung membangunkan lima ladang tertutup termasuk terbaharu di Bendang Raja iaitu ladang ke-19 Ayam Bismi yang mempunyai kapasiti lebih 150,000 ekor ternakan.

Bercakap tentang harapannya, kata Mohd. Shahril, dia juga berhasrat untuk menaiktaraf ladang terbuka kepada ladang tertutup sepenuhnya.โ€‹

โ€œBanyak pengalaman manis lain kerana di Ayam Bismi saya berpeluang naik kapal terbang ke luar negara bersama keluarga termasuk Disneyland Hong Kong, Indonesia dan Thailand banyak kalilah. Alhamdulillah kerana ini rezeki saya dan keluarga,โ€ katanya.

Dalam pada itu, majlis penyerahan kenderaan tersebut turut diserikan secara maya dengan kehadiran Presiden dan Pengasas Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad dan Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin yang bercuti di luar daerah.

Dalam pada itu menurut Hajah Mazlina, pemberian kenderaan baharu itu diharapkan dapat membakar semangatnya untuk bekerja lebih keras membangunkan ladang Ayam Bismi.

โ€œWalaupun selama ini dia menggunakan kereta lama dan uzur namun dia tidak pernah meminta-minta mahupun bagi โ€˜hintโ€™ nak kereta baharu. Itu yang menyentuh perasaan saya dan Haji. Ini cara kami nak balas balik keikhlasannya.

โ€œSyarikat pernah hadiahkan dia sebidang tanah bernilai RM200,000 yang jadi tapak rumahnya sekarang. Kita berharap pemberian kereta baharu ini dapat naikkan semangat dia untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh, โ€œ katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

Ketika ini syarikat berkenaan merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang mempunyai rangkaian kilang bersepadu terbesar di Kedah dengan perolehan lebih RM160 juta, tahun lepas.

Bismi Empire Sdn. Bhd. turut mempunyai empat anak syarikatnya termasuk Ayam Bismi Sdn. Bhd. Bismi Cergas Sdn. Bhd., Naka Biolife Sdn. Bhd., dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd.

Scroll to Top