๐ƒ๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐Œ๐

ALOR SETAR: Tiada yang menyentuh hati Pengasas Rumah Makan Percuma (RMP), Hajah Mazlina Kamarudin melainkan kesudian seorang dermawan bukan Islam untuk menyumbang bagi aktiviti amal tersebut.

Guikhong Ooi, Ooi Guik Hong, 60, seorang perunding pelaburan Public Mutual, atas rasa prihatin berkongsi rezeki dengan menyumbang sebanyak RM1,000 untuk RMP.

โ€‹Menurut Guik Hong yang sangat akrab dengan aktiviti amal itu, sumbangan tersebut sebagai meraikan kenaikan pangkatnya dalam karier yang diceburi sejak 20 tahun lalu. Dari seorang Agency Manager ke Group Agency Manager.

โ€‹โ€œKali ini saya mengeluarkan sebanyak RM10,000 daripada wang simpanan saya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan termasuk RMP.

โ€‹โ€œSaya rasa aktiviti memberi makan kepada orang susah adalah sangat berguna terutama ketika banyak tersepit kerana Covid-19,โ€ katanya di sini hari ini.

โ€‹Menurut Gaik Hong, ibu kepada empat anak ini, tiada batasan kaum atau agama yang patut dijadikan jurang bagi setiap orang menghulurkan derma untuk membantu mereka yang kesempitan. Guik Hong asalnya adalah seorang surirumah. Terkini beliau memegang portfolio pelaburan pelanggan bernilai RM33 juta.

โ€‹โ€œSaya percaya jika kita berbuat baik, kita akan mendapat rahmat walaupun saya tidak pernah mengharap apa-apa ketika memberi. Lebih daripada itu sebab itu saya suka memberi kerana lebih banyak memberi lebih senang hati,โ€ katanya.

โ€‹RMP yang beroperasi di premis kedai makan berdekatan Pusat Jualan Utama dan Kilang Memproses Ayam Bismi itu kembali mengagihkan makanan percuma, Ahad lepas tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih berkuatkuasa.

โ€‹Sebagai permulaan, setiap hari sebanyak 100 pek makanan tengah hari percuma diberi kepada orang ramai terutama penduduk setempat yang memerlukan.

โ€‹Hari ini, genap setahun RMP beroperasi yang menjadi bukan saja medan syarikat berkenaan melakukan aktiviti amal tetapi juga mengeratkan silaturahim bersama masyarakat.

RMP turut mengalu-alukan sumbangan daripada dermawan yang ingin turut serta dalam aktiviti ini dengan bantuan berbentuk barangan diutamakan.

โ€‹RMP diinspirasi oleh Hajah Mazlina dan suami, Haji Jaffri Ahmad Lan Bismi yang juga Pengasas Ayam Bismi sebagai rasa prihatin kepada masyarakat setempat terjejas akibat pandemik tahun lepas.

Scroll to Top