๐‚๐š๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข

SEBAGAI menghargai pelanggan syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd. menganjurkan Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 yang menawarkan hadiah menarik bernilai RM100,000.

Program tersebut yang merupakan acara tahunan syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam terbesar di utara tanah air milikan bumiputera itu menyediakan 20 televisyen plasma dan 21 motosikal.

Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin yang juga pencetus idea program berkenaan, selain sebagai menghargai pelanggan program juga usaha syarikat berkongsi rezeki dengan mereka.

โ€œSelain daripada berkongsi keuntungan dengan pemberian zakat dan program CSR kita adakan cabutan bertuah ini.

โ€œProgram ini mendapat sambutan yang mengalakkan sebelum ini. Sesuatu yang menarik adalah hadiah daripada cabutan bertuah ini dapat memanfaatkan penerimanya apabila yang tak ada motosikal dapat motosikal untuk kegunaan mereka, memang aturan Allah itu hebat,โ€ katanya.

Selain itu, tambah beliau, ia bagi mengalakkan lebih ramai penduduk memilih produk Ayam Bismi.

โ€œBukan hanya bisnes, ini juga dakwah kerana Ayam Bismi juga peneraju produk halal dan berusaha mendidik anggota masyarakat mencari halal toyyiban.

โ€‹โ€œCabutan bertuah ini merupakan acara tahunan dan tahun lepas ia mendapat sambutan mengalakkan. Berdasarkan itu juga, tahun ini kita menambah nilai hadiah yang ditawarkan iaitu RM100,000 berbanding RM80,000 pada tahun lepas,โ€ katanya.

โ€‹Bagi menyertai cabutan bertuah ini pelanggan hanya perlu membeli produk Ayam Bismi bernilai RM20 sebelum layak menerima satu kupon penyertaan. Ia terbuka kepada semua pelanggan Ayam Bismi di semua pusat jualannya.

Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi diri dan memasukkan kupon tersebut dalam kotak disediakan di Pusat Jualan Utama Simpang Empat dan 15 outlet di Kedah serta Perlis. Penyertaan Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 akan dibuka sehingga Februari tahun depan.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses dan ayam segar beku siap potong dan cuci.Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top