ππžπ›π¨π₯𝐚 𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐩𝐒π₯𝐒𝐑𝐚𝐧 π­πžπ«π›πšπ’π€ π€π²πšπ¦ 𝐁𝐒𝐬𝐦𝐒

ALOR SETAR: Sememangnya terdapat pelbagai jenis dan jenama produk sejuk beku di pasaran ketika ini yang menjadi kegemaran seisi keluarga terutama kanak-kanak sebagai hidangan snek.

​Namun produk terbaharu daripada Ayam Bismi Sdn. Bhd., bebola ayam bukan sahaja dijamin keenakannya malah kualiti memandangkan ia menggunakan ayam yang segar dan paling penting diproses mengikut teras halal toyyiban.

Bebola ayam yang didatangkan dalam dua perisa iaitu asli dan keju yang menggunakan kiub keju Cheddar tahan suhu tinggi itu berada di pasaran sejak hujung Mac lepas dan kini dijual di 16 outlet Ayam Bismi dan 600 ejen serta stokisnya.

​Sesuatu yang menarik sejak berada di pasaran produk berkenaan mendapat sambutan mengalakkan dalam kalangan pengguna.

Dalam pada itu menurut Ketua Jabatan Pemasaran Bismi Empire Sdn. Bhd., Wan Fazlina Wan Phuad, pemprosesan makanan sejuk beku menjadi sebagai segmen utama bagi syarikat berkenaan yang turut mempunyai produk ayam kisar, ayam perap dan ayam popcorn.

β€‹β€œProduk ini diwujudkan bagi memenuhi permintaan di pasaran terutama dalam kalangan pengguna yang sentiasa ingin mencari yang bukan sahaja halal tetapi bersih dan segar. Itu menjadi penekanan Ayam Bismi dalam segmen penternakan, pemprosesan dan pengagihan ayam.

β€‹β€œWalaupun baru tiga bulan berada di pasaran, produk bebola ayam ini mendapat permintaan yang mengalakkan dalam kalangan penggemar Ayam Bismi, berdasarkan maklumat yang kita peroleh di outlet serta dari ejen dan stokis,” katanya.

​Sebagai peringkat permulaan, Ayam Bismi mensasarkan jualan lebih 5,000 pek produk berkenaan.

β€‹β€œSelain mengembangkan jaringan promosi produk secara konvensional, kita turut memfokus kepada mempopularkan produk berkenaan di media sosial,” katanya.

​Selain bebola ayam, Ayam Bismi turut memasarkan produk ayam segar beku terdiri Potong 9, Potong 12 dan Ayam Bulat.

​Ayam Bismi Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Bismi Empire Sdn. Bhd., sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

​Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci.

Scroll to Top