๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ซ๐š๐ฒ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š ๐๐ข๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง

ALOR SETAR: Syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berharap agar kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi untuk pekerja sektor berkenaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

โ€‹Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, vaksinasi pekerja dalam sektor perkhidmatan perlu tersebut adalah untuk memastikan operasi pengeluaran bahan mentah utama negara itu berjalan lancar.

โ€œSyarikat Ayam Bismi merupakan pengusaha yang terlibat dalam sektor perkhidmatan perlu dan dibenarkan operasi dalam tempoh sekatan kawalan (lockdown) penuh.

โ€œKami merupakan sebuah syarikat bersepadu bermula daripada penternakan, pemprosesan dan penjualan ayam dengan kapasiti bulanan sebanyak 1 juta ekor ayam. Operasi kami disokong oleh 400 pekerja. Justeru kami perlu memastikan sejuta ekor ayam dapat dipasarkan setiap bulan kepada pelanggan, โ€œ katanya di sini hari ini.

Katanya, selain itu, Ayam Bismi juga perlu memastikan penternakan dua juta ekor ayam di ladangnya dapat diuruskan dengan baik supaya jaminan bekalan ayam mencukupi untuk pasaran tempatan.

โ€œSyarikat turut menghantar permohonan vaksinasi tersebut pada 6 Jun lepas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut dan berharap agar ia diluluskan segera memandangkan jangkitan Covid-19 di sektor ini,โ€ katanya.

โ€‹Tambah beliau, Ayam Bismi sentiasa memastikan operasi di semua ladang dan kilang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

โ€œKilang kita turut disanitasi tiga kali sehari untuk memastikan tiada penularan jangkitan selain pemantauan dalam kalangan pekerja bagi memastikan semua mematuhi SOP yang ditetapkan,โ€ katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top