๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ฅ ๐ฏ๐ข๐ซ๐š๐ฅ ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐จ๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ฃ๐š๐ฆ๐›๐ฎ

SYARIKAT penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) melahirkan rasa kesal ekoran tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang secara serkap jarang membuat tuduhan dan spekulasi mengelirukan di media sosial berkaitan syarikat tersebut.

โ€‹Menurut Pengarah Urusannya, Hajah Mazlina Kamarudin, syarikat itu bagaimanapun memandang serius terhadap tindakan mengaitkan Ayam Bismi dengan sebuah lori membawa pekerja kilang gelang merah jambu tular di media sosial sejak semalam memandangkan ia dikhuatiri mencalar kredibiliti syarikat.

โ€œKami ingin menjelaskan lori berkenaan tidak ada kaitan dengan syarikat atau dari kilang Ayam Bismi. Kebajikan pekerja merupakan salah satu keutamaan syarikat termasuk dalam kalangan pekerja asing. Ayam Bismi sentiasa menjaga pekerja dan menghormati hak asasi mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

โ€‹Menurut beliau, Ayam Bismi turut melahirkan simpati dengan apa yang berlaku ke atas pekerja berkenaan kerana ia merupakan salah satu cabaran bagi pengilang dalam sektor perkhidmatan perlu itu.

โ€œOleh sebab itu kita memohon agar kerajaan segera meluluskan permohonan untuk mempercepatkan proses vaksinasi semua pekerja syarikat memandangkan bahan mentah ini merupakan sumber makanan utama rakyat.

โ€‹โ€œSyarikat turut menghantar permohonan tersebut pada 6 Jun lepas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut dan berharap agar ia diluluskan dengan segera memandangkan jangkitan Covid-19 di sektor ini,โ€ katanya.

โ€‹Tambah beliau, Ayam Bismi sentiasa memastikan operasi di semua kilang mengikut prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

โ€‹โ€œKilang kita turut disanitasi tiga kali sehari untuk memastikan tiada penularan jangkitan selain pemantauan dalam kalangan pekerja bagi memastikan semua mematuhi SOP yang ditetapkan,โ€ katanya.

โ€‹Bismi Empire Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti chicken popcorn, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top