๐€๐ง๐š๐ค ๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐ฃ๐š๐ญ๐ฎ๐ก ๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ฒ๐š๐ฆ

ALOR SETAR: Sektor penternakan jarang menjadi pilihan anak-anak muda. Jika ada dalam kalangan mereka yang tidak kisah berpanas dan berpeluh ketika menjadikan ia satu kerjaya masing-masing, maka itu sesuatu yang hebat.

โ€‹

Itu juga yang terbaik di syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran 100 peratus milik bumiputera, Bismi Empire Sdn. Bhd., (Ayam Bismi) apabila kebanyakan tenaga kerjanya merupakan anak-anak muda.

Itu termasuk di 18 ladang ternakan syarikat berkenaan yang rata-ratanya diurus secara teknikal oleh golongan berkenaan.

Kenapa mereka memilih untuk merenjis keringat dan melampias kudrat membangunkan sektor ini? Tentu sahaja itu berbumbukan minat sebagai ramuan paling utama.

โ€‹

Muhammad Farris Shani, 28, anak jati Kedah yang juga Ketua Teknikal Ladang syarikat berkenaan mengiyakan perkara itu memandangkan bidang berkenaan sudah diminatinya sejak di bangku sekolah lagi.

โ€‹

โ€œKemudian saya melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Haiwan dan selepas tamat terus terjun ke dunia penternakan.

โ€‹

โ€œOrang selalu cakap kerja ini kotor dan remeh memang kalau tak ada minat susah. Semuanya kerana minat kerana tanpa minat memang tidak boleh nak bergiat dalam bidang ini,โ€ kata graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

โ€‹

Menurut Muhammad Farris yang mula berkhidmat dengan Ayam Bismi sejak 2017, jenama Ayam Bismi itu juga bukan sesuatu yang asing baginya.

โ€‹

โ€œSaya memang sudah lama mengenali Ayam Bismi sejak di bangku sekolah kerana rapat dengan anak majikan saya. Namun bila habis belajar belum ada jawatan kosong jadi saya berkerja di Johor dahulu sehingga tujuh bulan selepas itu bila ada kekosongan di Ayam Bismi.

โ€‹

โ€œSatu penghargaan untuk saya bekerja dengan syarikat penternakan terbesar milik bumiputera ini,โ€ kata anak kelahiran Pokok Sena ini.

โ€‹

Dia menganggap peluang bekerja di Ayam Bismi bukan sekadar meraih sumber pendapatan tetapi menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang penternak.

โ€‹

โ€œSebagai pihak yang menguruskan teknikal saya terlibat bermula daripada kemasukan ayam sehingga ayam dibawa keluar. Saya akan pantau semua termasuk tumbesaran ayam ini.

โ€‹

โ€œDari segi teknikal semua proses itu penting termasuk persekitaran di reban ternakan berkenaan seperti suhunya yang sangat mempengaruhi tumbesaran ayam,โ€ katanya.

โ€‹

Bercakap tentang impiannya, kata Muhammad Farris, dia berhasrat untuk terus memajukan diri dengan membangun bersama sektor penternakan di syarikat berkenaan.

โ€‹

Begitu juga dengan rakan sekerjanya, Mohd. Faizal Muhamad Aziz, 34, yang sudah menceburi bidang yang sama sejak menamatkan pengajian dalam jurusan Sains Haiwan dari UPM.

โ€‹

โ€œTerdapat tiga ketua yang menguruskan dari segi teknikal di ladang yang mempunyai kapasiti hampir dua juta ternakan setiap kitaran. Masing-masing akan menjadi satu pertiga daripada ternakan itu.

โ€‹

โ€œBanyak cabaran namun saya gembira dapat berkhidmat dengan syarikat ternakan yang menguruskan ladang secara bersepadu dan terbesar di utara tanah air ini,โ€ katanya.

Tambahnya, skop kerja Ketua Teknikal Ladang sentiasa mencabar kerana memerlukan kepekaan tentang persekitaran ladang dan tumbesaran ternakan.

โ€‹

โ€œKami akan bekerjasama dengan ketua jabatan lain termasuk doktor veterinar Ayam Bismi untuk melancarkan proses ternakan,โ€ katanya.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera yang menekankan konsep halal 100 peratus kepada ternakan, sembelihan dan pengedaran produk.

โ€‹

Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam proses, dan ayam segar beku siap potong dan cuci. Selain itu, syarikat juga menyediakan produk nilai tambah seperti popcorn ayam, bebola ayam, ayam perap, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Scroll to Top